"Amerika telah mempersiapkan dan memperlengkapkan alat-alat bagi Wahabi untuk menghuru harakan perpaduan Muslimin, dari itu hendaklah kita memerhati mereka dan memperjelas kepada Umat Islam bahawa Wahabi bertujuan memecahbelahkan harakat umat Islam, sebagaimana Israel ditengah kaum muslimin, Wahabi juga bertugas menjadi musuh dalam selimut.... " Sayyed Ali Khamenei, semoga Allah melanjutkan usianya.

Thursday, December 23, 2010

Mengapakah nabi Khidhir (a.s.) membunuh seorang pemuda sebelum ia berdosa?

Mengapakah nabi Khidhir (a.s.) membunuh seorang pemuda sebelum ia berdosa?
Kiriman: misbah_huda83@yahoo.com
© Tidak dibenarkan menyiarkan atau menerbitkan artikel ini tanpa izin pengarangnya



Pertanyaan:

Mengapakah dalam kisah Nabi Khidhir dan Musa (a.s.), seorang pemuda dibunuh padahal ia belum melakukan dosa? Pendekatan yang dilaksanakan oleh Khidhir (a.s.) menimbulkan beberapa persoalan seperti:

1. Pendekatan Fiqh

Menurut pandangan Fiqh, hukuman Qisas yang dijalankan sebelum seseorang itu melakukan dosa adalah tidak sah dan tidak syar‘i; apakah pandangan Syariat ilahi terhadap kisah tersebut?

2. Pendekatan Kalam

Apa perbezaan antara ilmu Ali bin Abi Talib (a.s.) terhadap masa depan Ibnu Muljam dan ilmu Nabi Khidhir tentang masa depan pemuda yang dibunuhnya?

Dalam peristiwa pembunuhan Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, Ibnu Muljam dibawa ke muka pengadilan. Sebelum ia dibicarakan kesalahannya Ali berkata, “Bagaimana saya ingin menghukumnya sebelum ia dibicarakan?”. Sedangkan Nabi Khidir membunuh seorang pemuda tatkala ia belum melakukan dosa. Apakah ilmu yang ada pada Imam Ali tidak menyebabkan ia mengambil tindakan terhadap Ibnu Muljam sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Khidir?

Artikel ini berusaha meneliti tugas-tugas nabi Khidir (a.s.) dari perspektif sistem Takwini dan Tasyri’i (dubitable and indubitable). Setelah itu ditinjau pula perbandingan antara tugas-tugas nabi Khidir (a.s.) dan Imam Ali (as).

Jawapan:
a) Nizam Takwin:



Perjalanan sistem Takwin penciptaan, pentadbiran alam semesta, urusan pergerakan segala yang wujud di dunia dari jalan sebab dan penyebab yang berasaskan kebijaksaan Allah; iaitu setiap apa yang kelihatan di alam semesta ini menerima kesan tertentu bersama kriteria khusus.

Ada satu pendapat yang menggunakan methodologi seperti ini untuk memberikan jawapan bahawa Nabi Khidir (a.s.) bukanlah menjalankan fungsi sistem Tasyri’, namun ia menggunakan sistem Takwini yang menjalankan tugas daripada Allah berasaskan hikmah kemaslahatan Ilahi. Namun protes nabi Musa (a.s.) adalah secara zahir dan menuruti Nizam Tasyri’i.

Ini bermaksud Allah mewujudkan satu urusan khusus melalui para malaikat dan makhluk-makhluk yang lain seperti: banjir, gempa bumi dan lain-lain lagi. Selain itu seluruh sebab musabab dan kehidupan di muka bumi ini adalah ejen yang menjalankan perintah Tuhan. Nabi Khidhir juga mempunyai tempat untuk menjalankan tugas khususnya. Mungkin 61 dari surah al-An’am dapat menunjukkan perkara ini dengan jelas:

وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَيُرْسِلُ عَلَيْكُمْ حَفَظَةً حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ تَوَفَّتْهُ رُسُلُنَا وَهُمْ لَا يُفَرِّطُونَ.

[61] Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal, sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil oleh utusan-utusan Kami; sedang mereka pula tidak cuai.

Maksudnya nabi Khidir (a.s.) seperti seorang malaikat yang menjadi ejen bagi mencabut nyawa; dalam kisah ini kita dapati nabi Musa (a.s.) tidak dapat menahan kesabaran melihat kerja-kerja nabi Khidir (a.s.) kerana mereka berdua mempunyai tugas-tugas yang berlainan. Musa (a.s.) ejen kepada yang Zahir dan nabi Khidir (a.s.) pula ejen yang Batin.

(Makarim Syirazi, Tafsir Namuneh jilid 2 halaman 507 dan 508, penerbit Darul Kitab al-Islamiyah Tehran, cetakan ke-enam, tahun 1368)



Sya’rani menulis tentang ini:

لأن تلك الأفعال كانت من أحكام روح الإلهام الولائي.

الشعراني، أبو المواهب عبد الوهاب بن أحمد بن علي المعروف ( الوفاة: 973هـ)، الطبقات الكبرى المسماة بلواقح الأنوار في طبقات الأخيار، ج 1، ص320 ، دار النشر : دار الكتب العلمية - بيروت - 1418هـ-1997م ، الطبعة : الأولى ، تحقيق : خليل المنصور.

Pekerjaan itu berdasarkan dari hukum-hukum Ruh ilham al-Wila‘i

(al-Tabaqat al-kubra al- musamma bi Lawaqih al-anwar fi tabaqat al-akhyar, jilid 1 halaman 320, penerbit Darul Nashr Beirut, cetakan pertama)



Nabi Khidir (a.s.) di penghujung kisah ini berkata:

وَما فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْري‏. كهف/82 .

Dan aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. (surah al-Kahfi ayat 82)



1. Berbagai riwayat dalam sumber-sumber Ahlusunnah didapati turut menguatkan pernyataan tersebut. Muslim meriwayatkan daripada Ubai bin Ka’ab, Rasulullah (saw) bersabda:

إِنَّ الْغُلَامَ الذي قَتَلَهُ الْخَضِرُ طُبِعَ كَافِرًا وَلَوْ عَاشَ لَأَرْهَقَ أَبَوَيْهِ طُغْيَانًا وَكُفْرًا.

النيسابوري ، مسلم بن الحجاج أبو الحسين القشيري (متوفاى261 )، صحيح مسلم، ج4، ص2050، ح2661، ناشر : دار إحياء التراث العربي - بيروت ، تحقيق : محمد فؤاد عبد الباقي.

Sesungguhnya anak yang dibunuh oleh Khidir bersikap kafir dan jikalau ia masih hidup, ia akan membunuh ibu dan ayahnya dalam keadaan Tagut dan Kafir.



2. Ahmad bin Hanbal juga menukilkan riwayat seperti ini bahawa Rasulullah (saw) bersabda:

الْغُلاَمُ الذي قَتَلَهُ الْخَضِرُ طُبِعَ كَافِراً زَادَ أبو الرَّبِيعِ في حَدِيثِهِ وَلَو أَدْرَكَ لا رهق أَبَوَيْهِ طُغْيَاناً وَكُفْرا.

الشيباني، أحمد بن حنبل ابوعبدالله (متوفاي241هـ)، مسند أحمد بن حنبل، ج 5، ص274 ،رقم : 21159، ناشر: مؤسسة قرطبة – مصر.

Anak yang dibunuh Khidir bersikap kafir, Abbu Rabi’ di dalam hadisnya mengatakan jikalau ia sudah baligh, ia akan membunuh ibu dan ayahnya dalam keadaan Thaghut dan Kafir.

(Musnad Ahmad bin Hanbal, jilid 5 halaman 274)



Sekarang apakah maslahat dan hikmah yang mewajibkan pembunuhan ini dilaksanakan? Kemungkinan dari zahir ayat bermaksud kedua orang tuanya mempunyai iman yang sangat bernilai di sisi tuhan; sehinggakan mereka memohon doa supaya dikurniakan anak soleh. Namun anak yang dilahirkan tidak bertepatan dengan permohonan mereka, maka Allah (swt) memerintahkan ia dibunuh kemudian dikurniakan pula anak yang lebih baik serta beramal soleh. Dengan ini keimanan mereka berdua dapat dijaga.



Hakikatnya perkara ini merupakan anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang soleh. Fakhrudin al-Razi menulis tentang perkara ini:

لأن بقاء ذلك الغلام حياً كان مفسدة للوالدين في دينهم وفي دنياهم ، ولعله علم بالوحي أن المضار الناشئة من قتل ذلك الغلام أقل من المضار الناشئة بسبب حصول تلك المفاسد للأبوين، فهلذا السبب أقدم على قتله.

الرازي الشافعي ، فخر الدين محمد بن عمر التميمي (الوفاة: 604)، التفسير الكبير أو مفاتيح الغيب ، ج 21، ص136 ، دار النشر : دار الكتب العلمية - بيروت - 1421هـ - 2000م ، الطبعة : الأولى.

رك: محمد حسين طباطبايي ، تفسير الميزان في القرآن ، ج 13، ذيل آيه 82 ، بيروت ، دارالمطبوعات اعلي ، چاپ اول.

Sesungguhnya jika lelaki itu jika terus hidup, maka ia akan melakukan kerosakan terhadap agama dan dunia kedua orang tuanya. Kemungkinan Khidir (a.s.) memperolehi wahyu tenang akibat buruk kepada orang tua anak tersebut akan menjadi lebih sedikit dengan membunuhnya berbanding membiarkannya terus hidup. Dengan sebab inilah baginda mengambil tindakan tersebut.

b) Nizam tasyri’i
Sistem Tasyri’i berkaitan dengan kanun dan hukum praktikal yang Allah (swt) sediakan untuk membimbing insan. Manusia pula bertanggung jawab melaksanakan perintah dan hukum ini dengan upaya ikhtiar sendiri. Hukum Qisas sebelum ia melakukan dosa merupakan persoalan yang dibahaskan dalam lingkungan Nizam Tasyri’i.



Menurut pandangan ini, anak tersebut telah pun mencapai usia baligh dan mukallaf. Terma kata Ghulam «غلام» juga membawa makna seorang pemuda yang sudah matang. Perkara ini telah diterangkan oleh Fakhrudin al-Razi sebagai berikut:

أن لفظ الغلام قد يتناول الشاب البالغ بدليل أنه يقال رأى الشيخ خير من مشهد الغلام جعل الشيخ نقيضاً للغلام وذلك يدل على أن الغلام هو الشاب...

الرازي الشافعي ، فخر الدين محمد بن عمر التميمي (الوفاة: 604)، التفسير الكبير أو مفاتيح الغيب ، ج 21، ص132، دار النشر : دار الكتب العلمية - بيروت - 1421هـ - 2000م ، الطبعة : الأولى.

Lafaz ghulam termasuklah pemuda yang telah Baligh kerana pendapat orang tua lebih baik dari anak yang baligh. Oleh kerana itu kedudukan orang tua tidak sama dengan anak muda. Maka lafaz Ghulam itu adalah pemuda.

(al-Tafsir al-Kabir, jilid 21 halaman 132)



Oleh itu nabi Musa (a.s.) ketika membantah tindakan nabi Khidir (as), beliau berkata, "Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang?”. Kata-kata Musa (a.s.) ini menunjukkan bahawa pemuda itu sudah Baligh kerana jika ia belum Baligh, maka ia tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh menurut perundangan Qisas. Sekiranya ia pernah membunuh orang maka hukuman yang diputuskan itu bukan lagi Qisas. Dosa pemuda yang Baligh ini ialah murtad setelah dilahirkan ke dunia ini sebagai orang yang beriman sedangkan ibu bapanya adalah orang mukmin dan beramal soleh. Murtad Fitri pula hukumnya bunuh samada bertaubat atau tidak.

...فكون الغلام حينذاك كافرا دليل كونه مكلفا! و كون أبويه مؤمنين يجعله مرتدا فطريا يستحق القتل و لا يستتاب و إن تاب لم تقبل، فخشية ارهاقه إياهما طغيانا و كفرا يهدّر دمه ثانيا بعد تهدره بارتداده، ... فحتى لو كان غير بالغ لكان يحق القتل دفعا للإفساد المحتوم.

صادقي ، محمد ، الفرقان في تفسير القرآن بالقرآن والسند ، ج‏18، ص 166،تهران : انتشارات فرهنگ اسلامي، چاپ دوم ،

Kekafiran anak itu menunjukkan ia sudah mukallaf. Oleh kerana ibu dan ayahnya orang yang beriman, maka Murtad anak itu ialah Murtad Fitri yang menyebabkan ia dihukum bunuh. Secara zahirnya ia tidak pernah bertaubat dan jikalau ia bertaubat sekalipun pasti tidak akan diterima. Maka anak itu dikhuatiri membunuh ayah dan ibunya dalam keadaan ia diselubungi kekafiran dan Thaghut. Lantas darah sia-sianya ditumpahkan setelah ia murtad…… jikalau ia belum baligh sekalipun, pembunuhannya itu menjadi satu kemestian untuk menghentikan kerosakan.

(Al-Furqan fi Tafsir al-Quran bil Quran wal Sanad, halaman 166, cetakan ke-dua, Penerbit Kebudayaan Islami Tehran.)



در نتيجه جوان به دليل اعمالش جايز القتل بوده است و اگر خضر عليه السلام‌ عمل خود را مستند به جنايات او در آينده مى‌كند به اين دليل است كه مى‌خواهد بگويد اين فرد نه تنها فعلاً مشغول به جرم است؛ بلكه در آينده نيز جرم‌هاى ‌ بزرگترى را مرتكب خواهد شد؛ لذا كشتن او طبق موازين شرع به سبب اعمالش بوده و نه اين كه از باب قصاص قبل از ارتكاب جرم باشد.

ر.ك : سبحاني، جعفر ، منشور جاويد ، ، ج 12، ص 235 ، قم : مؤسسه امام صادق ـ عليه السلام .

1365 . مكارم شيرازي، تفسير نمونه ، ج 12، ص 507 - 508 ، تهران : دارالكتب الاسلاميه، چاپ 6، 1368.

Akhirnya, pembunuhan pemuda itu dibolehkan atas sebab amalannya. Jikalau Khidir (a.s.) sudah menganggap anak itu akan melakukan jenayah di waktu mendatang, maka sekarang anak itu bukan sahaja sedang sibuk melakukan jenayah, bahkan di waktu mendatang juga ia akan melakukan jenayah yang lebih besar; Oleh itu membunuhnya adalah sesuai dengan standard neraca Syara’ dikeranakan amalan-amalan yang dilakukannya. Maka perkara ini bukanlah Qisas sebelum melakukan dosa.

(Mansyur Jawid, jilid 12 halaman 235, Tafsir Namuneh oleh Ayatullah Makarim Syirazi, jilid 2 halaman 507-508)

Pendapat kedua: Perbandingan antara amalan Nabi Khidir dan Imam Ali (as)
Menurut sumber-sumber Syiah dan Ahlusunnah, Imam Ali (a.s.) telah diberitakan peristiwa pembunuhannya dan pelakunya ialah Ibnu Muljam. Marhum Syaikh Mufid menerangkan:

وروى جعفر بن سليمان الضبعي عن المعلى بن زياد قال : جاء عبد الرحمن بن ملجم - لعنه الله - إلى أمير المؤمنين عليه السلام يستحمله ، فقال له : يا أمير المؤمنين ، إحملني . فنظر إليه أمير المؤمنين عليه السلام ثم قال له " أنت عبد الرحمن بن ملجم المرادي ؟ " قال : نعم . قال : " أنت عبد الرحمن بن ملجم المرادي ؟ " قال . نعم . قال . " يا غزوان ، أحمله على الأشقر " فجاء بفرس أشقر فركبه ابن ملجم المرادي وأخذ بعنانه ، فلما ولى قال أمير المؤمنين عليه السلام :

" أريد حباءه ويريد قتلي عذيرك من خليلك من مراد "

قال : فلما كان من أمره ما كان ، وضرب أمير المؤمنين عليه السلام قبض عليه وقد خرج من المسجد ، فجئ به إلى أمير المؤمنين ، فقال عليه السلام : " والله ، ولكن كنت أفعل ذلك بك لأستظهر بالله عليك " .

الشيخ المفيد ،أبي عبد الله محمد بن محمد بن النعمان العكبري البغدادي( 336 - 413 ه‍ ) ، الإرشاد في معرفة حجج الله علي العباد ،تحقيق مؤسسة آل البيت ( ع ) ، ج 1 ص 12، نشر دار المفيد ، الطبعة الثانية 1414 هجرية - 1993 ميلادية - بيروت . لبنان . ص . ب . 25 / 304 .

Abdul Rahman datang kepada Amirul Mukminin Ali (a.s.) untuk meminta seekor kuda. Amirul Mukminin melihatnya dan bertanya: Apakah engkau Abdul Rahman bin Muljam Muradi?



Beliau menjawab: Iya!, Ali bertanya lagi: Apakah engkau Abdul Rahman bin Muljam Muradi?. Jawabnya: Iya. Ali berkata: Wahai Ghazwan; Naikkan dia di atas kuda berwarna perang. Ia pun membawa kuda berwarna perang dan Ibnu Muljam menunggang sambil memegang tali kekangnya. Ketika ia pulang Amirul Mukminin Ali berkata:



Saya mahu memberi hadiah kepadanya dan ia mahu membunuhku, bolehkah kau bawakan kepadaku seorang temanmu dari kabilah Bani Murad?



Ketika Ibnu Muljam melaksanakan kerjanya, ia menetak Amirul Mukminin dan keluar dari masjid. Kemudian ia ditangkap dan dibawa kepada Amirul Mukminin. Beliau mengatakan kepadanya: Demi Allah aku melaksanakan apa yang sepatutnya aku lakukan padamu sedangkan aku lebih tahu bahawa engkau adalah pembunuhku. Namun aku lakukan ini untuk meminta Allah menunjukkan siapakah engkau. (Syaikh Mufid, al-Irsyad fi Ma’rifah hujaj Allah ‘ala al’Ibad, jilid 1 halaman 12)



Ulama Ahlusunnah juga turut menukilkan berbagai riwayat tentang ini dan sebahagiannya adalah Sahih.

ذكر عمر بن شَبَّة عن الضحَّاك بن مَخْلَد أبي عاصم النَّبيل وموسى بن إسماعيل أنه سمع أباه يقول: جاء عبد الرحمن بن مُلجم يستحمل عليا فحمله ثم قال:

أريدُ حباءهُ (حياته) ويريدُ قَتلي ... عَذيري من خليلي من مراد

أما إنَّ هذا قاتلي. قيل له: فما يمنعك منه؟ قال : إنه لم يقتلني

التلمساني ، محمد بن أبي بكر الانصاري المعروف بالبري (المتوفى : 644هـ) ، الجوهرة في نسب النبي وأصحابه العشرة ، ج 1، ص1 ، دار النشر :

Ibnu Muljam datang kepada Ali (a.s.) dan meminta daripadanya tunggangan. Ali (a.s.) mengabulkan permintaannya dan mengatakan: Aku mahu ia hidup namun ia mahu membunuhku… Siapakah daripada kabilah Murad yang mahu menolongku? Ketahuilah dia adalah pembunuhku; Telah dikatakan kepada Ali: Apakah yang menghalang engkau? (dari membunuhnya). Ali menjawab: Dia masih belum membunuhku. (Al-Jauharah fi Nasab an-Nabi wa Ashabihil ‘Asyrah, jilid 1 halaman 1)



Perkara ini terdapat juga di dalam sumber-sumber berikut:

الصفدي، صلاح الدين خليل بن أيبك (متوفاي764هـ)، الوافي بالوفيات، تحقيق أحمد الأرناؤوط وتركي مصطفي، ج 18 ص 173 ،ناشر: دار إحياء التراث - بيروت - 1420هـ- 2000م.

البلاذري، أحمد بن يحيي بن جابر (متوفاي279هـ)، أنساب الأشراف، ص 502 ،طبق برنامه الجامع الكبير.

المجلسي، محمد باقر (متوفاي 1111هـ)، بحار الأنوار، تحقيق: محمد الباقر البهبودي، ج 42 ص 193، ناشر: مؤسسة الوفاء - بيروت - لبنان، الطبعة: الثانية المصححة، 1403 - 1983 م.

ابن عساكر الدمشقي الشافعي، أبي القاسم علي بن الحسن إبن هبة الله بن عبد الله،(متوفاي571هـ)، تاريخ مدينة دمشق وذكر فضلها وتسمية من حلها من الأماثل، تحقيق: محب الدين أبي سعيد عمر بن غرامة العمري، ج 37 ص 28،ناشر: دار الفكر - بيروت - 1995.

الجزري، عز الدين بن الأثير أبي الحسن علي بن محمد (متوفاي630هـ)، أسد الغابة في معرفة الصحابة، تحقيق عادل أحمد الرفاعي، ج 4 ص 134، ناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت / لبنان، الطبعة: الأولي، 1417 هـ - 1996 م.

العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاي852هـ)، الإصابة في تمييز الصحابة، تحقيق: علي محمد البجاوي، ج 4 ص574،ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولي، 1412هـ - 1992م.

Al-Wafa bil Wafiyat karangan al-Safadi, jilid 18 halaman 173

Ansaabul Asyraf oleh al-Bilazari, halaman 502

Biharul Anwar, jilid 42 halaman 193

Tarikh Madinah Dimasyq, jilid 37 halaman 28

Asad al-Ghabah fi Ma’rifatul Sahabah jilid 4 halaman 134

Al-Ishabah fi Tamyiz al-Sahabah, jilid 4 halaman 574

Untuk menjawab persoalan ini, beberapa jawapan boleh dikemukakan seperti berikut:

Jawapan pertama: Tugas nabi Khidir adalah Takwini, manakala tanggungjawab Ali bin Abi Talib adalah Tasyri’i
Sebagaimana dalam perbincangan di awal artikel ini tentang Nizam Takwini, kemungkinan nabi Khidir menjalankan tugas seperti mana malaikat mencabut nyawa. Namun Amirulmukminin (a.s.) menjalankan tugas-tugas yang nyata dan Tasyri’i di mana beliau tidak dapat menjalankan Qisas sebelum seseorang itu melakukan dosa.

Jawapan kedua: Nabi Khidir (a.s.) melaksanakan hukuman murtad, namun Ibnu Muljam belum menumpahkan darah
Dalam perbahasan awal tentang Nizam Tasyri’i telah disebut kemungkinan pemuda yang dibunuh itu telah murtad ketika berusia baligh. Maka hukuman murtad sah dijatuhkan ke atas beliau. Sedangkan Ibnu Muljam masih belum melakukan dosa untuk dihukum Qisas. Inilah yang dinyatakan secara zahir riwayat dalam kitab Syaikh Mufid iaitu:

والله لقد كنت أصنع بك ما أصنع ، وأنا أعلم أنك قاتلي ، ولكن كنت أفعل ذلك بك لأستظهر بالله عليك .

الشيخ المفيد ،أبي عبد الله محمد بن محمد بن النعمان العكبري البغدادي( 336 - 413 ه‍ ) ، الإرشاد في معرفة حجج الله علي العباد ،تحقيق مؤسسة آل البيت ( ع ) ، ج 1 ص 13، نشر دار المفيد ، الطبعة الثانية 1414 هجرية - 1993 ميلادية - بيروت . لبنان . ص . ب . 25 / 304 .

Demi Allah, sesungguhnya aku melakukan terhadap engkau dengan apa yang aku lakukan, meskipun aku lebih mengetahui. (al-Irsyad fi Ma’rifati Hujajullah ‘Alal ‘Ibad, jilid 1 halaman 13.



Iaitu jikalau aku membunuhnya sebelum dia membunuh aku, maka aku akan dituntut kerana membunuh seorang yang tidak berdosa. Namun aku menolongnya dan tidak membunuhnya sampailah waktu dia membunuhku, maka Allah akan menuntutnya untukku.



Ini juga bermaksud membunuh Ibnu Muljam menurut pandangan Syara’ adalah haram. Walau bagaimana pun pembunuhan seorang pemuda oleh nabi Khidir (a.s.) dibolehkan.

Jawapan ke-tiga: Hukum Syariat Ali bin Abi Talib tidak sama dengan hukum Syariat nabi Khidir (a.s.)
Ada juga golongan ulama yang menjawab tindakan nabi Khidir (a.s.) itu berasaskan pendekatan Nizam Tasyri’i sehingga mereka cuba membuktikan Qisas sebelum ia melakukan dosa bukanlah terhitung sebagai jenayah. Bahkan dalam kes ini nabi Khidir (a.s.) telah menjalankan tugas khusus menurut syariat.



Ibnu Arabi menulis:

فكان الخضر في حكمه على شرع رسول غير موسى فحكم بما حكم به مما يقتضيه شرع الرسول الذي اتبعه و من شرع ذلك الرسول حكم الشخص بعلمه فحكم بعلمه في الغلام انه كافر فلم يكن حكم الخضر فيه من حيث انه صاحب شرع منزل.

الطائي الخاتمي ، محيي الدين بن علي بن محمد (الوفاة: 22/4/ 638هـ)، الفتوحات المكية في معرفة الاسرار الملكية ، ج 2، ص79 ، دار النشر : دار إحياء التراث العربي - لبنان - 1418هـ- 1998م ، الطبعة : الأولى.

Nabi Khidir (a.s.) menuruti syariat yang tidak sama dengan syariat nabi Musa (a.s.), Oleh itu tindakan baginda ialah menuruti syariat yang diikutinya. Ketetapan syariat tersebut ialah seorang insan akan menghukum mengikut ilmunya sendiri. Dengan ini Khidir (a.s.) menjalankan hukuman dengan ilmu yang ada padanya terhadap anak muda yang kafir itu, bukan kerana baginda adalah tuan empunya syariat tersebut. (Al-Futuhat al-Makkiyah fi Ma’rifatil Asrar al-Mulkiyah, jilid 2 halaman 79)



Natijahnya, tindakan Imam Ali (a.s.) (dengan andaian kisahnya itu Sahih) menuruti sistem Fiqh Islam di mana beliau menganggap tidak dibolehkan Qisas sebelum seseorang itu melakukan pembunuhan. Kerana itu nabi Musa (a.s.) sempat memprotes tindakan Khidir (a.s.) dan berkata:



قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْسًا زَكِيَّةً بِغَيْرِ نَفْسٍ لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا نُكْرًا. كهف /74

Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!" (Surah al-Kafi ayat 74)

Walau bagaimana pun tindakan ini sah menurut syariat nabi Khidir (a.s.)

Rumusan

Peristiwa dalam kisah nabi Khidir dan Musa (a.s.) termasuklah dalam rahsia-rahsia pengajaran Kalam dan Fiqh yang telah didedahkan kepada kita; Namun hasil dari kisah-kisah benar ini adalah positif dan tidak bertentangan dengan sistem Takwini kerana nabi Khidir (a.s.) menjalankan tugas-tugas daripada Allah (s.w.t) seperti mana malaikat maut mencabut nyawa manusia apabila diperintah oleh Allah.



Tidak timbul lagi perbandingan apa yang Imam Ali (a.s.) lakukan terhadap Ibnu Muljam (dengan menganggap kisah itu Sahih) kerana tindakan Imam Ali (a.s.) ke atas Ibnu Muljam mencerminkan fondasi Fiqh Islam.



Perspektif sistem Tasyri’i juga menyatakan tindakan nabi Khidir (a.s.) itu bukanlah perlaksanaan Qisas sebelum pemuda itu melakukan jenayah, bahkan tugas-tugas nabi Khidir (a.s.) menjalankan Syariat yang diikutinya. Atau boleh juga dikatakan kemurtadan fitri pemuda itu telah diketahui dan sedia maklum. Oleh itu menurut Syariat nabi Musa (a.s.) dan Fiqh Islam juga adalah hukum bunuh buat orang murtad seperti pemuda itu. Dengan ini tidak ada lagi keraguan dari segi Fiqh dan Kalam tentang tindakan nabi Khidir (a.s.) tersebut.

No comments:

Post a Comment