"Amerika telah mempersiapkan dan memperlengkapkan alat-alat bagi Wahabi untuk menghuru harakan perpaduan Muslimin, dari itu hendaklah kita memerhati mereka dan memperjelas kepada Umat Islam bahawa Wahabi bertujuan memecahbelahkan harakat umat Islam, sebagaimana Israel ditengah kaum muslimin, Wahabi juga bertugas menjadi musuh dalam selimut.... " Sayyed Ali Khamenei, semoga Allah melanjutkan usianya.

Monday, March 30, 2009

Apakah yang menyebabkan lebih 100,000 orang tidak mempertahankan Imam Ali?

Pertanyaan: Pada hari al-Ghadir lebih 100 ribu orang berada di samping Rasulullah dan kelangsungan peristiwa al-Ghadir telah mereka saksikan. Apa yang menyebabkan dikalangan mereka tiada yang mempertahankan Imam Ali?

Jawapan: Adapun tiada yang mempertahankan Imam Ali di kalangan orang ramai amnya ada banyak perbahasan. Namun tidak benar mengatakan tiada langsung sesiapa yang mempertahankan beliau.
Umar Ibnu al-Khattab berkata sebaik sahaja wafatnya Nabi (s), golongan Ansar berselisihan dengan kami dan berhimpun di Saqifah Bani Sa'adah. Maka Ali dan Zubair serta sesiapa yang bersama mereka menentang kami.
Sahih Bukhari: 26/7

Ibnu Abil Hadid al-Muktazili dalam kitab Syarah Nahjul Balaghah mencatatkan bahawa kebayakan Muhajirin dan Majoriti Ansar tidak mengesyaki sesungguhnya Ali yang empunya Amir setelah Rasulullah.
Syarah Nahjul Balaghah, Ibnu Abil Hadid: 6/21;

Abbas bapa saudara Nabi mengatakan perilaku orang Islam ini adalah jelek; yang menyebabkan mereka berpisah dengan Ali dan mengikuti jejak Abu bakar.

Adapun dalam riwayat dalam catatan Ibnu Abil Hadid:
"Umar bertanya pada Zubair: Pedang ini untuk apa? Jawabnya: Ku siap sediakan ia untuk pembai'atan Ali"
Syarah Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid, 6/48, Saqifah Wa Fadak, Juhari 73

Juga Riwayat yang tersedia:
Sebahagian kaum Muhajirin dan Ansar berselisihan dan mereka yang bersama Ali ialah Abbas bin Abdul Mutalib, Abu Fadl bin Abbas, Zubair bin Awwam, Khalid bin Sa'id, Miqdad, Salman, Abu Zar, Ammar, Bara' bin 'Arib, Ubai Ka'ab, 'Aduh bin Abi Lahab, Talhah bin Ubaidullah, Khuzaimah bin Thabit, Taruh bin Muhammad, Khalid bin Sa'id bin 'As dan kumpulan Bani Hasyim.

Dalam sebahagian riwayat pula telah disebut hampir 30 ribu orang mengikuti Ali (as). Ibnu Abil Hadid bertanya kepada gurunya: Kenapa Ali bersama kekuatan 30 ribu orang tidak berjaya? Jawapan yang didengarinya: Apakah kekuatan 30 ribu orang terdaya untuk bangun berjuang menghadapi kekuatan 70 ribu atau 100 ribu yang dihimpun mereka?.

Dari arah lain, pada zaman itu raja Rom menyerang, sehingga Islam dari akar umbi ingin mereka cabutkan dan umat Islam ingin mereka hapuskan habis-habisan. Dari satu arah lagi orang Yahudi sudah bersiap sedia menyerang Islam, golongan Munafik juga sibuk merencana konspirasi. Dalam suasana begini Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib berkata: Jikalau aku bangun demi kebangkitan dan hak-hak, peperangan dari dalam meletus dan musuh memanfaatkan peluang ini dan Islam yang sebenar akan jatuh dalam mara bahaya.
Nahjul Balaghah, surat 62; As-Syafi 3/243.

Oleh itu tidaklah benar Ali bin Abi Talib tidak mengambil perhatian subjek ini.

Masalah lain yang berkaitan dengan ini juga perlu diambil kira, iaitu ketika sebelum perancangan beberapa orang membina satu suasana, sehingga pemerintahan daripada Ali dirampas dan diberi pada Abu Bakar. Mukadimah-mukadimah ini juga telah disiap sediakan sejak di zaman nabi (s).

Ibnu Abil Hadid al-Muktazili dalam syarah peristiwa Saqifah telah mencatatkan: Beberapa orang daripada kabilah Aslam mendiami khemah di sekitar Madinah. Beberapa berita telah sampai; mereka telah mengikat janji dengan khalifah ke-dua bahawa selepas kewafatan Nabi (s), mereka akan masuk ke kota Madinah dan mengambil Bai'at orang ramai secara paksa. Umar bin al-Khattab sendiri berkata bahawa setelah kewafatan Nabi, beliau pernah melihat khabilah Aslam di kota Madinah, saya dijamin oleh bantuan mereka (Tarikh Tabari, 2/459). Had bilangan individu-individu kabilah ini sangatlah ramai hingga tiada tempat lagi di lorong-lorong Madinah untuk mereka lalu lalang.
Tarikh Tabari, 2/458

Bara bin 'Azib menukilkan beberapa individu daripada kabilah ini memakai persalinan tentera dan memaksa orang ramai membai'at Abu Bakar samada orang ramai mahu atau tidak mahu. Dengan arahan Umar jikalau barangsiapa yang membantah akan dipukul dan dicerca.
Syarah Nahjul Balaghah; Ibnu Abil Hadid; 1/219

Semoga Berhasil
Angkatan Menjawab Syubhah
http://reyhane-masoumah.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment