"Amerika telah mempersiapkan dan memperlengkapkan alat-alat bagi Wahabi untuk menghuru harakan perpaduan Muslimin, dari itu hendaklah kita memerhati mereka dan memperjelas kepada Umat Islam bahawa Wahabi bertujuan memecahbelahkan harakat umat Islam, sebagaimana Israel ditengah kaum muslimin, Wahabi juga bertugas menjadi musuh dalam selimut.... " Sayyed Ali Khamenei, semoga Allah melanjutkan usianya.

Monday, March 30, 2009

Apakah yang menyebabkan lebih 100,000 orang tidak mempertahankan Imam Ali?

Pertanyaan: Pada hari al-Ghadir lebih 100 ribu orang berada di samping Rasulullah dan kelangsungan peristiwa al-Ghadir telah mereka saksikan. Apa yang menyebabkan dikalangan mereka tiada yang mempertahankan Imam Ali?

Jawapan: Adapun tiada yang mempertahankan Imam Ali di kalangan orang ramai amnya ada banyak perbahasan. Namun tidak benar mengatakan tiada langsung sesiapa yang mempertahankan beliau.
Umar Ibnu al-Khattab berkata sebaik sahaja wafatnya Nabi (s), golongan Ansar berselisihan dengan kami dan berhimpun di Saqifah Bani Sa'adah. Maka Ali dan Zubair serta sesiapa yang bersama mereka menentang kami.
Sahih Bukhari: 26/7

Ibnu Abil Hadid al-Muktazili dalam kitab Syarah Nahjul Balaghah mencatatkan bahawa kebayakan Muhajirin dan Majoriti Ansar tidak mengesyaki sesungguhnya Ali yang empunya Amir setelah Rasulullah.
Syarah Nahjul Balaghah, Ibnu Abil Hadid: 6/21;

Abbas bapa saudara Nabi mengatakan perilaku orang Islam ini adalah jelek; yang menyebabkan mereka berpisah dengan Ali dan mengikuti jejak Abu bakar.

Adapun dalam riwayat dalam catatan Ibnu Abil Hadid:
"Umar bertanya pada Zubair: Pedang ini untuk apa? Jawabnya: Ku siap sediakan ia untuk pembai'atan Ali"
Syarah Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid, 6/48, Saqifah Wa Fadak, Juhari 73

Juga Riwayat yang tersedia:
Sebahagian kaum Muhajirin dan Ansar berselisihan dan mereka yang bersama Ali ialah Abbas bin Abdul Mutalib, Abu Fadl bin Abbas, Zubair bin Awwam, Khalid bin Sa'id, Miqdad, Salman, Abu Zar, Ammar, Bara' bin 'Arib, Ubai Ka'ab, 'Aduh bin Abi Lahab, Talhah bin Ubaidullah, Khuzaimah bin Thabit, Taruh bin Muhammad, Khalid bin Sa'id bin 'As dan kumpulan Bani Hasyim.

Dalam sebahagian riwayat pula telah disebut hampir 30 ribu orang mengikuti Ali (as). Ibnu Abil Hadid bertanya kepada gurunya: Kenapa Ali bersama kekuatan 30 ribu orang tidak berjaya? Jawapan yang didengarinya: Apakah kekuatan 30 ribu orang terdaya untuk bangun berjuang menghadapi kekuatan 70 ribu atau 100 ribu yang dihimpun mereka?.

Dari arah lain, pada zaman itu raja Rom menyerang, sehingga Islam dari akar umbi ingin mereka cabutkan dan umat Islam ingin mereka hapuskan habis-habisan. Dari satu arah lagi orang Yahudi sudah bersiap sedia menyerang Islam, golongan Munafik juga sibuk merencana konspirasi. Dalam suasana begini Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib berkata: Jikalau aku bangun demi kebangkitan dan hak-hak, peperangan dari dalam meletus dan musuh memanfaatkan peluang ini dan Islam yang sebenar akan jatuh dalam mara bahaya.
Nahjul Balaghah, surat 62; As-Syafi 3/243.

Oleh itu tidaklah benar Ali bin Abi Talib tidak mengambil perhatian subjek ini.

Masalah lain yang berkaitan dengan ini juga perlu diambil kira, iaitu ketika sebelum perancangan beberapa orang membina satu suasana, sehingga pemerintahan daripada Ali dirampas dan diberi pada Abu Bakar. Mukadimah-mukadimah ini juga telah disiap sediakan sejak di zaman nabi (s).

Ibnu Abil Hadid al-Muktazili dalam syarah peristiwa Saqifah telah mencatatkan: Beberapa orang daripada kabilah Aslam mendiami khemah di sekitar Madinah. Beberapa berita telah sampai; mereka telah mengikat janji dengan khalifah ke-dua bahawa selepas kewafatan Nabi (s), mereka akan masuk ke kota Madinah dan mengambil Bai'at orang ramai secara paksa. Umar bin al-Khattab sendiri berkata bahawa setelah kewafatan Nabi, beliau pernah melihat khabilah Aslam di kota Madinah, saya dijamin oleh bantuan mereka (Tarikh Tabari, 2/459). Had bilangan individu-individu kabilah ini sangatlah ramai hingga tiada tempat lagi di lorong-lorong Madinah untuk mereka lalu lalang.
Tarikh Tabari, 2/458

Bara bin 'Azib menukilkan beberapa individu daripada kabilah ini memakai persalinan tentera dan memaksa orang ramai membai'at Abu Bakar samada orang ramai mahu atau tidak mahu. Dengan arahan Umar jikalau barangsiapa yang membantah akan dipukul dan dicerca.
Syarah Nahjul Balaghah; Ibnu Abil Hadid; 1/219

Semoga Berhasil
Angkatan Menjawab Syubhah
http://reyhane-masoumah.blogspot.com/

Friday, March 20, 2009

Siri Menjawab Syubhah: Mengapa ramai orang berpaling di akhir perjalanan bersama Rasulullah (s)

Pertanyaan: Mengapa ramai orang berpaling di akhir perjalanan bersama Rasulullah (s) dan kenapa sebelum itu mereka sedikitpun tidak bertindak demikian?


Jawapan: Kitab suci al-Quran membahagikan empat personaliti yang berada di sekitar nabi iaitu:

  1. Kuffar, Personaliti yang telah pun sedia maklum kedudukan mereka itu.

  2. Ahli Kitab: Golongan Yahudi dan Kristian yang mana mereka itu telah tersedia maklum kedudukan mereka.

  3. Mukmin, Golongan ini juga telah pun dikenali

  4. 'Dalam Hati mereka berpenyakit'

Personaliti yang hati mereka berpenyakit bukanlah daripada tiga golongan tadi. Sekarang persoalannya siapakah mereka itu?

Sebahagian usaha penyelidikan mengaitkan puak yang berpenyakit itu ialah golongan Munafik. Fakhrul Razi dalam menolak pandangan ini berkata: Ayat ini telah diturunkan di Makkah di tempat asalnya tiada langsung Munafik.

Maka Munafik dikatakan barangsiapa yang tidak menzahirkan ketakutan terhadap kebenaran dari dalam diri mereka sendiri. Namun dengan meneliti lebih lanjut kaum Muslimin tidak punyai kekuasaan dan pemerintahan di Makkah. Penyebab untuk ketakutan ini tidak ada. Oleh itu
'Dalam Hati mereka berpenyakit' ialah mereka yang menzahirkan iman kepada Rasulullah tetapi ada keraguan dalam hati mereka. Tafsir al-Kabir,Jilid 2 halaman 132.

Siapakah yang berpesonaliti seperti ini?

Dalam perang Uhud Rasulullah sendiri di puncak gunung Uhud memberi arahan kepada mereka agar tetap bertahan di situ sehingga tamat peperangan. Namun saat mereka menyaksikan orang ramai sibuk mengumpul rampasan perang, mereka ingkar perintah Rasulullah dan turun dari posisi pertahanan lantas dengan segala tamaknya mereka mengumpul rampasan. Musuh diketuai Khalid bin Walid yang memberi arahan menyerang di situ dan kaum Muslimin terkepung serta menyebabkan kekalahan. Sahabat nabi yang agung seperti Hamzah Sayidul Syuhada menemui kesyahidan. Ini salah satu pengkhianatan dan ingkarnya beberapa sahabat dalam perang Uhud terhadap arahan nabi yang telah pun sedia maklum dalam lembaran sejarah.

Dalam perjanjian Hudaibiyah juga terdapat pengingkaran. Siapakah pada ketika itu mengingkari Nabi (s)?. Apakah yang mereka lakukan?

Begitu juga dalam peperangan Khaibar, tidakkah sahabat nabi berundur dari menghadap musuh?

Dalam peperangan Hunain lebih dari sepuluh ribu tentera muslimin melepaskan diri dan lari dari Rasulullah yang berada di tengah-tengah Kuffar. Melainkan berbaki seramai 12 orang yang diketuai Ali bin Abi Talib (as).

Dalam kisah surat tidak tertulis atau hadis kertas Nabi bersabda:

Berikan pena dan kertas untukku tuliskan surat kepada anda semua supaya kalian tidak sesat sepeninggalanku. Umar berkata: Sakit Nabi sangat parah (bermaksud meracau).

Padahal al-Quran mengarahkan: "Apa yang Rasul berikan padamu, maka ambillah".

Ketika sabda Nabi dijawab dengan ibarat sebegini jelek, orang Islam di dalam rumah Rasulullah menjadi riuh rendah. Lantas nabi yang diutus sebagai rahmat semesta alam mengusir kesemua orang dari rumah baginda.

"Keluarlah dari rumahku semua".

Inilah contoh daripada suara-suara berpalingnya Sahabat dari Rasulullah.

Semoga Berhasil
Angkatan Menjawab Syubhah
http://reyhane-masoumah.blogspot.com/

Saturday, March 14, 2009

Siri Menjawab Syubhah: Apakah dalam kitab pengriwayatan hadis Syiah terdapatnya hadis berkenaan perubahan al-Quran?

Apakah dalam kitab pengriwayatan hadis Syiah terdapatnya hadis berkenaan perubahan al-Quran?

Jawapan:

Hadis-hadis yang tidak menjadi pegangan akidah sebenar kami ini, dalam kitab Bihar dan daripada kitab-kitab muktabar Syiah selainnya memang ada. Daripada jumlah berkenaan perubahan al-Quran … apakah ini subjek yang baik adanya? Dan jikalau begini apakah jawabnya? Namun jikalau ia adalah hadis palsu maka pengriwayatan ini tidak ada gunanya bagi kita untuk menerangkannya. Mengapa ulama seperti Helli dan…. (Semoga rahmat Allah atas mereka) tidak menyedari atau tidak tahu kenapa jenis subjek seperti ini dihimpunkan dalam kitab-kitab mereka?

Seperti mana yang telah kita ketahui kitab-kitab seperti Biharul Anwar dan…. kitab yang pengriwayatannya adalah dari usaha bersungguh-sungguh penulisnya sendiri sehingga ia dapat dihimpun buat sekalian orang di masa mendatang. Mereka sendiri tidak mengistiharkan seluruh pengriwayatan yang telah dinukil dalam kitab ini adalah sahih.

Meneliti riwayat-riwayat ini sahih atau tidak sahih akan disandang oleh penyelidik dan pembacanya.

Berkenaan perubahan al-Quran, banyak juga diriwayatkan dalam kitab Syiah dan ianya ditemui lebih banyak lagi dalam kitab-kitab Ahlusunnah.

Periwayatan tentang ini tidak diterima oleh aqidah mazhab kami, dalam pandangan kami ianya ditolak dan tidak dapat diterima. Dengan ini banyaknya pengriwayatan perubahan al-Quran dirujuk kepada Syiah sebenarnya ada ditemui juga dalam riwayat Ahlusunnah. Dalam pandangan sanad dan dalil-dalil, riwayat dhaif dan ditolak ini terlalu banyak masalahnya. Beberapa riwayat dari klasifikasi ini dalam kitab-kitab seperti Kafi telah dinukil, tiada dalil atas perubahan al-Quran pun berlaku; mengapa pula ketika Imam (as) mengambil contoh pandangan seperti ini untuk tujuan menerangkan tafsir ayat, musuh-musuh Syiah mengambil kesempatan atas kejahilan dan ketidak fahaman dalam masalah ini, menyerang atas perubahan al-Quran.

Semoga Berhasil
Angkatan Menjawab Syubhah
http://reyhane-masoumah.blogspot.com/

Thursday, March 12, 2009

Penyelewengan dalam Sahih Bukhari

Sayang sekali setiap kali kita melihat kitab Ahlusunnah, jikalau ada yang bertentangan dengan pandangan Wahabi, maka mereka berusaha menghapuskannya kerana bimbang timbulnya kebenaran. Kerja ini jelas buruk akhlaknya dan tidak beramanah.

Bersamalah kita saksikan Sahih Bukhari cetakan Darul Fikr - Beirut

دار الفكر - بيروت











































Di sini hadis Bukhari menukilkan tentang perkahwinan Mut'ah

Terjemahan:

Imran bin Hushain berkata: Ayat Mut'ah dalam kitab Allah telah turun dan kami melaksanakannya bersama Rasulullah dan ayat pengharamannya tidak diturunkan dan tidak dihalang melakukannya hingga nabi yang mulia wafat. Datang seorang lelaki dan dengan pandangannya sendiri menitahkan menurut kehendaknya. Muhammad mengatakan: Mereka berkata dia ialah Umar.

Seperti yang disebut: "datang seorang lelaki dan dengan pandangannya sendiri menitahkan menurut kehendaknya"

Maksudnya ialah: seorang lelaki mengharamkannya. Disebut juga "Muhammad berkata: mereka mengatakan beliau ialah Umar" Iaitu Muhammad Ismail Bukhari (Pemilik kitab) berkata: beliau ialah Umar. Sekarang titik tolak di sini ialah. Sayangnya mereka siap sedia menafikan amalan tersebut sekaligus menentang sunnah nabi (s) dalam cetakan Bukhari yang baru seperti dalam 3 cetakan Darul Ihya Beirut, Darul Kitab al-Alamiyah - Beirut, Darul Mu'arif- Beirut.






































Terpulanglah kepada anda menilainya.
Angkatan menjawab Syubhah

Friday, March 6, 2009

Prosa: Syair Sa'di; Pujian pada Allah

Kurniaan tuhan terdayakah kau hitung?
Atau siapakah mampu mensyukuri satu dari ribuan nikmatnya.

Tuhan menciptakan samudera, daratan, pepohon, anak adam, suria, bulan, bebintang, malam dan siang.

Puspawarna kenikmatan tidak mungkin bisa disyukuri
Kelengkapan tidak mudah dihitung.

Tanah mati dengan kesan pancaran suria dianugerahi taman buahan, padang rumput dan bunga lale.

Anak Adam tiada mengesai tuhan melainkan kicauan setiap bolbolnya (burung Bolbol) di atas ranting.

Kemurahan yang lalu, kurniaan dan rahmatnya diberi harapan dengan akibat baik atas kita.
Bertaqwalah! Yang Maha Adil pencipta langit memasukkan orang bertaqwa ke dalam firdausi (syurga).

Jikalau tanpa usaha harta tidak mudah didapati
Wahai saudara ganjaran didapati dengan hasil susah payah.

Barangsiapa tidak berusaha berangankan harapan,
Bodohlah ia tidak menyemai benih hanya menanti hasil

Yang zalim telah mati namun menyisakan amalan keji
yang adil pun mati namun nama baiknya dikenangi

Menyembah selain tuhan tiada gunanya,
Sial sesiapa yang tidak mengambil ikhtiar.

Siri Menjawab Syubhah: Apakah isteri nabi termasuk dalam ayat Tathir?

Pertanyaan:

Pertanyaan saya adalah sekitar ayat 32, 33, 34 surah al-Ahzab tentang Ahlul Bait nabi. Ayat ini menyatakan Allah hendak menghilangkan daripada isteri-isteri nabi kenistaan dan menyucikan mereka sesuci-sucinya. Telah diketahui pada zaman ayat ini duturunkan, A’isyah tinggal bersama-sama Rasulullah dan Khadijah sudah pun wafat. Oleh itu ayat ini adalah berkenaan isteri-isteri nabi. Namun kenapa pula isteri-isteri nabi tidak dikira sebagai Ahlul Bait? Sedangkan Sayidah Fatimah Zahra pula dan Imam Ali tinggal bersama Hasan dan Husain dalam rumah yang berasingan. Pada zaman ini ayat ini pun turun maka sudah tentu ayat itu termasuk juga isteri-isteri nabi, iaitu isteri-isteri nabi pun Ma’sum dan sudah tentulah isteri-isteri nabi termasuk juga Ahlul Bait nabi. Sila rujuk pada penerangan ini habis-habisan dan sila jawab dengan sumber-sumber yang muktabar. Terima kasih.

Jawapan:

1. Ayat tersebut sewaktu menceritakan tentang isteri-isteri nabi (s) menggunakan ‘Dhamir Muannath’, seperti:

من يات منکن - و من يقنت منکن - لستن - ان اتقيتن - تخضعن - وقرن - بيوتکن و ....

Namun ketika sampai pada ayat Tathir, ‘Dhamir Jama’ Muzakkar’ pula dikenakan pada ayat itu seperti:
ليذهب عنکم - ويطهرکم .

Maka diketahuilah ‘Mukhatab’ dalam ayat Tathir bukanlah ‘Mukhatab’ dalam ayat sebelum dan selepasnya itu.

2. Adapun isteri-isteri nabi (s) ramai mereka itu dan berbeza pula rumah yang mereka tinggal. Oleh itu dalam ayat 32 disebut (وقرن في بيوتکن)
dan jikalau ayat tersebut termasuk ayat Tathir pastilah menggunakan ayat (اهل البيوت)
kerana ingin mengatakan mereka itu Ahlul Bait (اهل البيت)

3. Menurut riwayat dari Sahih Muslim dan yang lainnya, ketika ayat Tathir diturunkan, Rasul yang mulia (s) memasukkan Ali, Fatimah, Hasan dan Hussain dibawah selimut dan ayat suci tersebut dibacakan.

قَالَتْ عَائِشَةُ خَرَجَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم غَدَاةً وَعَلَيْهِ مِرْطٌ مُرَحَّلٌ مِنْ شَعْر أَسْوَدَ فَجَاءَ الْحَسَنُ بْنُ عَلِيّ فَأَدْخَلَهُ ثُمَّ جَاءَ الْحُسَيْنُ فَدَخَلَ مَعَهُ ثُمَّ جَاءَتْ فَاطِمَةُ فَأَدْخَلَهَا ثُمَّ جَاءَ عَلِيٌّ فَأَدْخَلَهُ ثُمَّ قَالَ (إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا).
صحيح مسلم: 7 /130 ح 6414.

4. Dalam Sahih Muslim menurut riwayat Zaid bin Arqam telah ditanya adakah isteri-isteri nabi disebut sebagai Ahlul Bait atau tidak? Beliau menjawab isteri seorang lelaki tidak dikira sebagai Ahlul Bait kerana ramai perempuan hanya suatu waktu tinggal bersama lelaki, namun di akhir waktu ia ditalak, ia akan pergi ke rumah ayahnya dan ayah dikira sebagai Ahlul Bait adanya.

إنّ زيد بن أرقم سئل عن المراد بأهل البيت هل هم النساء ؟ قال: لا / وأيم اللّه ، إنّ المرأة تكون مع الرجل العصر من الدهر ، ثمّ يطلّقها ، فترجع إلى أبيها وقومها.
صحيح مسلم: ج 7 ص 123، (رقم 6381)، كتاب فضائل الصحابة، باب فضائل علي بن أبي طالب (ع).

5. Isteri-isteri rasulullah sedikitpun tidak pernah dipanggil dalam ayat Tathir yang mana termasuk diri kami. Namun sedikit khilaf dinukilkan seperti Ummu Salamah berkata setelah turunnya ayat Tathir dan memuliakan baginda Rasulullah yang mulia, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain (a.s.). Saya maju dan kepada baginda Rasulullah dan bertanya, apakah saya daripada kalangan Ahlul Bait? Baginda menjawab dikau ialah insan yang baik dan bukan pula daripada kalangan Ahlul Bait, namun daripada kalangan isteri-isteri nabi:

صحيح ترمذي:
عن أمّ سلمة، أنّ النبي صلى الله عليه وسلم جلل على الحسن والحسين وعلى وفاطمة كساء ثمّ قال : «اللهم هؤلاء أهل بيتى وحامّتي أذهب عنهم الرجس وطهّرهم تطهيراً&raquo. فقالت أم سلمة : وأنا معهم يارسول الله ؟ قال: إنّك على خير. هذا حديث حسن صحيح . وهو أحسن شئ روى في هذا الباب.
سنن الترمذي: ج 5 ص 361.

رواه الحاكم قائلا: هذا حديث صحيح على شرط البخاري ولم يخرجاه. المستدرك: 2/ 416، 3/ 146. وقال بعد نقل رواية اخرى بعد ذلك: هذا حديث صحيح على شرط مسلم ولم يخرجاه. المستدرك: 2/ 416.

وروى أيضاً عن عن عمر بن أبي سلمة قال: (لما نزلت هذه الآية على النبي (صلى الله عليه وآله): (إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرا) في بيت أم سلمة، فدعا فاطمة وحسناً وحسيناً، فجللهم بكساء وعلي خلف ظهره، فجلله بكساء، ثم قال: اللهم، هؤلاء أهل بيتي، فاذهب عنهم الرجس وطهرهم تطهيراً، قالت أم سلمة: وأنا معهم يا رسول الله؟ قال: أنت على مكانك وأنت إلى خير).
سنن الترمذي 5: 328. قال عنه الألباني: صحيح. صحيح سنن الترمذي، الألباني 3: 306 ح 3205.



Dalam riwayat Suyuthi dan Tabrani dan Ahmad bin Hanbal dinukilkan bahawa Ummu Salamah berkata, saya maju dan cuba masuk dalam selimut, baginda Rasulullah (s) menarik selimut dari tangan saya dan tidak mengizinkan saya menyertai dalam selimut tersebut:



عن أمّ سلمة أنّها قالت: «فرفعت الكساء لأدخل معهم فجذبه من يدي وقال: إنّك على خير .
مسند أحمد ج 6 ص 323، المعجم الكبير للطبراني ج 3 ص 53،الدر المنثور ج 5 ص 198.


Dengan ini jikalaulah kepada mana-mana isteri nabi juga dikatakan Ahlul Bait dan mereka pun termasuk dalam ayat Tathir, maka dapatlah selimut ditangan nabi itu diambil isteri nabi dan memasukinya.

Semoga berhasil.
Angkatan menjawab syubhah

http://reyhane-masoumah.blogspot.com/

Thursday, March 5, 2009

Fitnah dan Wahabi: Ibnu Taimiyah percaya ilmu kimia itu haram

Ibnu Taimiyah percaya ilmu kimia itu haram
Apabila merujuk pada pelajaran kimia, Ibnu Taimiyah menyatakan dalam Majmo'a al-Fatawa, jilid 29 halaman 368:


وَذَلِكَ كُلُّهُ مُحَرَّمٌ فِي الشَّرْعِ


"Semua itu haram menurut dalam hukum Syarak"

Jika Wahabi menafikan perkara ini dan menegaskan Ibnu Taimiyah merujuk kepada ilmu hitam, mereka sepatutnya merujuk pernyataan Ibnu Taimiyah yang terang-terang membuktikan ianya merujuk kepada ilmu kimia:


وَأَمَّا جَابِرُ بْنُ حَيَّانَ صَاحِبُ الْمُصَنَّفَاتِ الْمَشْهُورَةِ عِنْدَ الْكِيمَاوِيَّةِ فَمَجْهُولٌ لَا يُعْرَفُ وَلَيْسَ لَهُ ذِكْرٌ بَيْنَ أَهْلِ الْعِلْمِ وَلَا بَيْنَ أَهْلِ الدِّينِ


Jabir ibn Hayan ialah pengarang kitab ilmu kimia yang terkenal, namun ia tidak dikenali dan tidak pernah disebut daripada kalangan ulama atau ugamawan.

Majmo'a al-Fatawa, Jilid 29 halaman 374

Ulasan

Para Salafi/Wahabi hendaklah mengambil endah ulasan Syaikhul Islam kesayangan mereka ini. Sesiapa yang sedang belajar ilmu Kimia hendaklah mengumpulkan naskah-naskah mereka dan membakarnya segera. Orang Salafi/Wahabi yang bekerja di lapangan kekimiaan hendaklah meletakkan jawatan mereka serta-merta dan mencari kerjaya baru.

Semoga Berhasil

Angkatan Menjawab Syubhah
http://reyhane-masoumah.blogspot.com