"Amerika telah mempersiapkan dan memperlengkapkan alat-alat bagi Wahabi untuk menghuru harakan perpaduan Muslimin, dari itu hendaklah kita memerhati mereka dan memperjelas kepada Umat Islam bahawa Wahabi bertujuan memecahbelahkan harakat umat Islam, sebagaimana Israel ditengah kaum muslimin, Wahabi juga bertugas menjadi musuh dalam selimut.... " Sayyed Ali Khamenei, semoga Allah melanjutkan usianya.

Friday, July 10, 2009

Filem: Siyahat Gharb

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Judul Filem: Siyahat Gharb Bahasa: Farsi dengan versi subtitle bahasa Melayu dan Indonesia
Masa: app 1 jam


Sebuah filem yang berkisah perjalanan saorang pemuda ke alam barzakh apabila kematian meragut nyawanya tanpa disangka-sangka. Beliau tidak dapat menerima hakikat terpaksa menghuni sebuah pusara yang sempit. Walau berkali-kali menyatakan penyesalan kerana tidak beramal shaleh di dunia, perjalanan beliau ke beberapa perhentian ditemani amalan baik dan jahatnya terpaksa diteruskan. Beliau menyaksikan betapa ngerinya manusia yang disiksa dan balasan akibat amalan jahat mereka di muka bumi seperti perempuan tidak menutup aurat, penzina, pemakan harta anak yatim, golongan beramal shaleh tetapi menghina orang lain. Filem penuh teladan ini turut diiringi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, doa Abu Hamzah Thumali dan Khutbah Nahjul Balaghah tentang kematian. Apakah beliau berjaya menghadapi perjalanan yang sungguh menakutkan ini?

















Ketika dimasukkan dalam liang lahad




































Balasan terhadap peminum arak, mereka ini minum air panas yang menidih





































































































Balasan buat perempuan yang tidak menutup rambut mereka serta berdandan untuk dipertonton kepada bukan Muhrim, mereka ini dibakar dan kulit mereka diganti baru supaya terus merasai kesakitan api.


















Perjalanan ditemani amalan jahat.


Alhamdulillah dengan usaha murni staf blog ini, filem Siyahat Gharb berjaya diterjemah dan akan menemui pecinta Ahlul Bait di Malaysia dan Indonesia tak lama lagi. Pihak kami akan mengatur bagaimanakah cara filem ini akan dipasarkan. Semoga Allah membantu penterjemahan Filem-filem lain di waktu mendatang. Sasungguhnya kematian sangatlah dekat dengan kita, barangsiapa yang cuba lari akan ditangkapnya, siapa-siapa yang diam akan di tawannya, ia mengikuti kita umpama bayang-bayang. Wassalam