"Amerika telah mempersiapkan dan memperlengkapkan alat-alat bagi Wahabi untuk menghuru harakan perpaduan Muslimin, dari itu hendaklah kita memerhati mereka dan memperjelas kepada Umat Islam bahawa Wahabi bertujuan memecahbelahkan harakat umat Islam, sebagaimana Israel ditengah kaum muslimin, Wahabi juga bertugas menjadi musuh dalam selimut.... " Sayyed Ali Khamenei, semoga Allah melanjutkan usianya.

Saturday, April 11, 2009

Siri Menjawab Syubhah: Tolong berikan penerangan tentang Bai'atul Ridwan dan kaitannya dengan keadilan Sahabat

Pertanyaan: Tolong berikan penerangan tentang Bai'atul Ridwan dan kaitannya dengan keadilan Sahabat.

Jawapan: Di zaman perjanjian Hudaibiyah, sekumpulan orang Islam membai'at Nabi di bawah pohon. Pembai'atan ini masyhur dengan Bai'atul Ridwan dengan ayat yang telah turun:
________________________________
"Mereka yang membai'at dikau hakikatnya mereka membai'at Allah, sesungguhnya Allah ridha dengan Mukminin jikalau mereka membai'at engkau di bawah pohon."

Ahlusunnah tidak percaya kebarangkalian tuhan meridhai seseorang dan selepas itu individu itu menyimpang. Dalam pembai'atan ini siapa pun seperti Umar, Abu Bakar, Uthman, Khalid dan beberapa orang lagi telah hadir.

Jawapan kami ialah pertamanya ayat itu sendiri menggunakan kalimah 'iz zarfiah muqayyad'. Iaitu ayat itu menyatakan pada ketika itu Allah meridhai engkau yang memberi Bai'at. Dengan ini tuhan meridhai mereka sebelum dan selepas pembai'atan tertakluk dengan syarat selagi individu itu mampu tetap menjaga kemakmuran ini.

Ibnu Kathir, Tabari dan Suyuthi adalah daripada kalangan ulama besar Ahlusunnah mengatakan Bal'am bin Ba'urah yang punyai maqam maknawi yang tinggi, di mana Tuhan meletakkan nama sejahtera (Islam) padanya. Al-Quran menyatakan perkara ini:
__________________________
"Kami membacakannya mereka kisah orang yang telah kami berikannya ayat"
al-A'raf 175

Ini menunjukkan tingkatan maqam Bal'am bin Ba'ura lebih tinggi dari mereka yang berada di Bai'atul Ridwan kerana beliau mempunyai Ismu A'zam.
_________________________________
"maka dia menuruti Syaitan dan termasuk di kalangan mereka yang sesat"

Kesimpulannya dengan pengajaran peristiwa ini, jikalau Tuhan meridhai seseorang, maka Dia akan menyatakan keridhaanNya dengan bentuk yang sangat berharga selama seseorang itu menjaga keistiqamahan prinsip itu. Jika tidak, begitu banyak orang yang memiliki makam yang sangat tinggi namun setelah itu mereka tersesat.

Sebagai contoh Abdullah bin Abi Sara sahabat Rasulullah (s) penulis wahyu pertama, akan tetapi selepas beberapa ketika ia murtad dan menghina Rasulullah (s). Hingga sampai ke satu tahap, Rasulullah berkata pada waktu Fath Makkah, beberapa orang daripada mereka, walaupun mereka bergantung pada kain Kaabah, penggallah kepala mereka, salah seorang daripada mereka ialah Abdullah bin Abi Sara'.

Allah (swt) berfirman kepada Rasulullah (s):
_________________________________
"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) sebelummu 'jika kamu mempersekutukan (Allah), niscaya akan hapuslah amalanmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi." Surah az-Zummar ayat 65.

Kita menerima bahwasanya ayat-ayat ini diturunkan tentang sahabat. Akan tetapi berapa ramai antara sahabat-sahabat yang mampu menjaga makam tersebut, Perlulah adanya pembahasan dan penelitian.

Begitu juga dalam Sahih Muslim terdapat hadis yang bernama Hadis Haudh, yang mana tidak ada jalan lagi untuk Ahlussunnah mengelak dari hal tersebut. Di hari kiamat sebilangan para sahabat akan dibawa ke api neraka. Rasulullah bertanya ke mana dibawa sahabat-sahabat baginda. Lantas dijawab ke neraka. Ditanya kenapa, lantas dijawab lagi, kerana mereka murtad dan kembali ke masa jahiliyah sepeninggalan baginda. Yang lebih menarik, Bukhari mengatakan hanya sedikit daripada mereka yang selamat.
Sahih Bukhari: 7/208; Shawahid Tanzil: 284/1

Ummul Mukminin Aisyah telah berkata:
"Sekalian orang Arab telah murtad setelah wafatnya Rasulullah"
Al-Bidayah wa al-Nihayah: 6/336; Tarikh Madinah Dimasyq: 30/316, Wahabi ingin mempermasalahkan Syiah iaitu engkau mengatakan sesudah Nabi semua orang selain empat orang telah murtad, iaitu selama masa 23 tahun usaha keras Rasulullah mendidik hanya empat orang yang tidak murtad? Jawaban kami ialah, kalau kami mengatakan hanya empat orang yang tidak murtad,tetapi Ummul Mukminin Aisyah mengatakan semua orang Islam itu murtad, tentunya dalam pandangan Syiah yang dimaksud dengan murtad bukanlah murtad daripada keimanan, akan tetapi menentang perintah-perintah yang telah ditetapkan oleh Rasulullah.

Pada zaman khalifah ke dua, ketika salah seorang sahabat meninggal, saat Huzaifah tidak menerima bahawa sahabat ini bukan daripada kalangan munafik, hinggalah khalifah tidak hadir untuk menyolatinya kerana ia takut orang tersebut daripada golongan munafik. Ini kerana Syiah dan Sunni menerima bahawasanya Huzaifah sahabat penyimpan rahsia dan Rasulullah pernah mengatakan nama-nama orang munafik kepadanya.

Semoga Berhasil
Angkatan Menjawab Syubhah
http://reyhane-masoumah.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment