"Amerika telah mempersiapkan dan memperlengkapkan alat-alat bagi Wahabi untuk menghuru harakan perpaduan Muslimin, dari itu hendaklah kita memerhati mereka dan memperjelas kepada Umat Islam bahawa Wahabi bertujuan memecahbelahkan harakat umat Islam, sebagaimana Israel ditengah kaum muslimin, Wahabi juga bertugas menjadi musuh dalam selimut.... " Sayyed Ali Khamenei, semoga Allah melanjutkan usianya.

Monday, April 6, 2009

Siri Menjawab Syubhah: Apakah Nabi yang Maksum takut terhadap sesuatu dalam peristiwa al-Ghadir?

Pertanyaan: Dalam Ayat suci al-Quran:
Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada tuhanmu… dan Allah menjagamu daripada manusia,

Apakah nabi takut? Apakah seorang yang maksum pun takut terhadap sesuatu?

Dalam ayat al-Quran juga tercatat:

Dan Allah tidak memberi hidayat kepada orang kafir, apakah barangsiapa yang tidak menerima wilayah dikira sebagai orang kafir?

Jawapan: Dalam menjawab soalan ini hendaklah kita berkata apakah Nabi (s) tidak maksum kerana selama 13 tahun di Makkah dalam menghadapi kejahatan-kejahatan Quraysh seperti penyiksaan para sahabat baginda tidak sedikit pun melakukan pembalasan?

Apakah Nabi (s) tidak maksum apabila pergi ke gua kerana takut dibunuh dan dari sana baginda sendiri mulai berhijrah?

Apakah Nabi Musa (as) tidak Maksum ketika melarikan diri kerana takut akan kaumnya Bani Israel?

Pertanyaan ini menunjukkan masalah ketakutan dan kemaksuman sama sekali langsung tidak berkaitan.

Sesungguhnya para anbiya dan para Imam itu Maksum iaitu tidak melakukan kesilapan dan kesalahan. Perkara ini bukanlah kerana semua kerjaan mereka diiringi dengan mukjizat. Al-Quran dari lisan Nabi (s) menyatakan:

"Sesungguhnya saya manusia seperti kamu semua, telah diwahyu kepada saya."
Al-Kahf ayat 11

Namun mengapa Tuhan berfirman dan Allah menjagamu dari manusia? Apakah yang ditakuti dalam urusan kekhalifahan Ali?

Ibnu Abbas menukilkan: "Di zaman tibanya arahan kepada Rasul dan disampaikan kepada orang ramai, Rasul bersabda: Hingga kini kabilahku dipengaruhi kesan-kesan Jahiliyah, mereka bersaing dan berbangga dengannya, ramainya individu-individu dari seluruh kabilah ini terbunuh dalam peperangan berlainan di tangan Ali. Mereka menyimpan kebencian dan dendam pada Ali. Dan saya takut. Maka turunlah ayat wahai Rasul sampaikanlah apa yang diturunkan daripada Tuhanmu, jika engkau tidak melaksanakannya maka engkau tidak menyampaikan risalahnya, dan Allah menjagamu dari manusia." Syawahid al-Tanzil 1/225

Suyuthi juga menulis saat Rasulullah menyampaikan urusan Wilayah: "Saya tahu ramai orang ingin menyangkali saya, Allah juga telah memerintahkan saya menyampaikannya atau diazabkan saya." Ad-Durrul Manthur; 2/298

Orang ramai pernah bangkit berdepan dengan dengan nabi hanya kerana satu urusan kecil berkait dengan ibadah dan Fiqah sehingga Aisyah mengatakan: Siapa memarahimu Allah akan murka kepadanya, Allah akan memasukkannya ke dalam neraka.

Apakah dengan urusan penting ini dapat mereka bertahan dan tidak bangun berdepan dengan baginda?

Subjek ini menunjukkan kelangsungan kekhalifahan Abu Bakar sebuah masalah yang telah direncana sebelumnya. Sebelum kewafatan Nabi seluruh persiapan telah disiapkan dan akhirnya memberi keputusan di Saqifah Bani Sa'adah.

Semoga Berhasil
Angkatan Menjawab Syubhah
http://reyhane-masoumah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment