"Amerika telah mempersiapkan dan memperlengkapkan alat-alat bagi Wahabi untuk menghuru harakan perpaduan Muslimin, dari itu hendaklah kita memerhati mereka dan memperjelas kepada Umat Islam bahawa Wahabi bertujuan memecahbelahkan harakat umat Islam, sebagaimana Israel ditengah kaum muslimin, Wahabi juga bertugas menjadi musuh dalam selimut.... " Sayyed Ali Khamenei, semoga Allah melanjutkan usianya.

Monday, April 13, 2009

Siri Menjawab Syubhah: Dalam aqidah Syiah martabat Ali (as) lebih tinggi dari seluruh para nabi. Sila buktikan perkara ini dengan ayat al-Quran.

Pertanyaan: Dalam aqidah Syiah martabat Ali (as) lebih tinggi dari seluruh para nabi. Sila buktikan perkara ini dengan ayat al-Quran.

Jawaban: Dalam perkara ini ada satu jawaban yang bertentangan dan ada satu jawaban penyelesaian. Namun jawaban bertentangan ialah: Ahlusunnah menukilkan daripada Abu Bakar bahawa Nabi (s) bersabda:
___________________________________
"Jikalau saya tidak diutus kepada kamu semua, niscaya diutuskan Umar kepadamu."
Tarikh Madinah Dimasq: 44/114; Kanzul 'Ummal: 11/581

Ia menyatakan tingkatan makam Umar setara dengan makam Nabi (s). Oleh kerana Nabi Muhammad (s) lebih afdhal daripada semua para Nabi, maka Umar juga turut lebih Afdhal daripada semua Anbiya!!!

Namun jawaban penyelesaian:

Syiah dan Sunni mahupun Wahabi beraqidah tentang 'diri kami dan diri kamu' dalam ayat Mubahalah adalah Ali bin Abi Talib (as).
Surah Ali 'Imran, ayat 61

Mereka berkata: Dalam ayat ini diri dan jiwa Nabi (s) diletakkan pada Ali bin Abi Talib (as), maka perkataan 'diri' di sini bukanlah bermaksud diri yang sebenar, namun bermakna beliau mempunyai seluruh kelebihan dan martabat Nabi hanya saja beliau bukanlah seorang Nabi.

Dalam Hadis Manzil juga nabi bersabda:

"Kedudukanmu di sisiku seperti Harun di sisi Musa, cuma tiada Nabi setelahku"
Sahih Muslim: 8/120; Sunan Ibnu Majah 1/45"

Di samping itu ada berbagai riwayat ketika surah Baraah telah diturunkan. Nabi (s) memberikan surah itu kepada Abu Bakar untuk dibacakan di hadapan Musyrikin Makkah. Namun saat beliau dalam perjalanan dengan arahan Nabi, Ali bin Abi Talib (s) datang dan mengambil surah itu. Abu Bakar berduka cita lantas berkata kepada Nabi (s): Apakah telah turun sesuatu supaya surah dari saya diambil? Nabi bersabda: Tidak, Tuhan dengan perantara Jibrail menyampaikan pada saya, hendaklah ayat tersebut saya sendiri yang menyampaikannya atau 'siapa yang berkedudukan seperti saya'.

Dengan ini ayat Mubahalah dan beberapa riwayat yang lain mengatakan diri Ali setara martabatnya dengan diri Rasulullah (s) kecuali kenabian. Oleh kerana Nabi lebih Afdhal dari semua Nabi, maka Ali (as) juga lebih Afdhal dari seluruh Anbiya.

Sebagai tambahan, dalam kitab-kitab Syiah juga ada banyak riwayat tentang kelebihan para Imam (as) atau kelebihan Amirul Mukminin yang mempunyai hubungan dengan Anbiya yang lain. Ali, Hasan, Hussain dan Fatimah adalah daripada golongan ayat Tathir yang telah Allah sucikan sesucinya daripada segenap kenistaan; tidak ada pula Ta'bir seperti ini untuk para Anbiya.

Semoga Berhasil
Angkatan Menjawab Syubhah
http://reyhane-masoumah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment