"Amerika telah mempersiapkan dan memperlengkapkan alat-alat bagi Wahabi untuk menghuru harakan perpaduan Muslimin, dari itu hendaklah kita memerhati mereka dan memperjelas kepada Umat Islam bahawa Wahabi bertujuan memecahbelahkan harakat umat Islam, sebagaimana Israel ditengah kaum muslimin, Wahabi juga bertugas menjadi musuh dalam selimut.... " Sayyed Ali Khamenei, semoga Allah melanjutkan usianya.

Friday, March 20, 2009

Siri Menjawab Syubhah: Mengapa ramai orang berpaling di akhir perjalanan bersama Rasulullah (s)

Pertanyaan: Mengapa ramai orang berpaling di akhir perjalanan bersama Rasulullah (s) dan kenapa sebelum itu mereka sedikitpun tidak bertindak demikian?


Jawapan: Kitab suci al-Quran membahagikan empat personaliti yang berada di sekitar nabi iaitu:

  1. Kuffar, Personaliti yang telah pun sedia maklum kedudukan mereka itu.

  2. Ahli Kitab: Golongan Yahudi dan Kristian yang mana mereka itu telah tersedia maklum kedudukan mereka.

  3. Mukmin, Golongan ini juga telah pun dikenali

  4. 'Dalam Hati mereka berpenyakit'

Personaliti yang hati mereka berpenyakit bukanlah daripada tiga golongan tadi. Sekarang persoalannya siapakah mereka itu?

Sebahagian usaha penyelidikan mengaitkan puak yang berpenyakit itu ialah golongan Munafik. Fakhrul Razi dalam menolak pandangan ini berkata: Ayat ini telah diturunkan di Makkah di tempat asalnya tiada langsung Munafik.

Maka Munafik dikatakan barangsiapa yang tidak menzahirkan ketakutan terhadap kebenaran dari dalam diri mereka sendiri. Namun dengan meneliti lebih lanjut kaum Muslimin tidak punyai kekuasaan dan pemerintahan di Makkah. Penyebab untuk ketakutan ini tidak ada. Oleh itu
'Dalam Hati mereka berpenyakit' ialah mereka yang menzahirkan iman kepada Rasulullah tetapi ada keraguan dalam hati mereka. Tafsir al-Kabir,Jilid 2 halaman 132.

Siapakah yang berpesonaliti seperti ini?

Dalam perang Uhud Rasulullah sendiri di puncak gunung Uhud memberi arahan kepada mereka agar tetap bertahan di situ sehingga tamat peperangan. Namun saat mereka menyaksikan orang ramai sibuk mengumpul rampasan perang, mereka ingkar perintah Rasulullah dan turun dari posisi pertahanan lantas dengan segala tamaknya mereka mengumpul rampasan. Musuh diketuai Khalid bin Walid yang memberi arahan menyerang di situ dan kaum Muslimin terkepung serta menyebabkan kekalahan. Sahabat nabi yang agung seperti Hamzah Sayidul Syuhada menemui kesyahidan. Ini salah satu pengkhianatan dan ingkarnya beberapa sahabat dalam perang Uhud terhadap arahan nabi yang telah pun sedia maklum dalam lembaran sejarah.

Dalam perjanjian Hudaibiyah juga terdapat pengingkaran. Siapakah pada ketika itu mengingkari Nabi (s)?. Apakah yang mereka lakukan?

Begitu juga dalam peperangan Khaibar, tidakkah sahabat nabi berundur dari menghadap musuh?

Dalam peperangan Hunain lebih dari sepuluh ribu tentera muslimin melepaskan diri dan lari dari Rasulullah yang berada di tengah-tengah Kuffar. Melainkan berbaki seramai 12 orang yang diketuai Ali bin Abi Talib (as).

Dalam kisah surat tidak tertulis atau hadis kertas Nabi bersabda:

Berikan pena dan kertas untukku tuliskan surat kepada anda semua supaya kalian tidak sesat sepeninggalanku. Umar berkata: Sakit Nabi sangat parah (bermaksud meracau).

Padahal al-Quran mengarahkan: "Apa yang Rasul berikan padamu, maka ambillah".

Ketika sabda Nabi dijawab dengan ibarat sebegini jelek, orang Islam di dalam rumah Rasulullah menjadi riuh rendah. Lantas nabi yang diutus sebagai rahmat semesta alam mengusir kesemua orang dari rumah baginda.

"Keluarlah dari rumahku semua".

Inilah contoh daripada suara-suara berpalingnya Sahabat dari Rasulullah.

Semoga Berhasil
Angkatan Menjawab Syubhah
http://reyhane-masoumah.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment