"Amerika telah mempersiapkan dan memperlengkapkan alat-alat bagi Wahabi untuk menghuru harakan perpaduan Muslimin, dari itu hendaklah kita memerhati mereka dan memperjelas kepada Umat Islam bahawa Wahabi bertujuan memecahbelahkan harakat umat Islam, sebagaimana Israel ditengah kaum muslimin, Wahabi juga bertugas menjadi musuh dalam selimut.... " Sayyed Ali Khamenei, semoga Allah melanjutkan usianya.

Friday, March 6, 2009

Siri Menjawab Syubhah: Apakah isteri nabi termasuk dalam ayat Tathir?

Pertanyaan:

Pertanyaan saya adalah sekitar ayat 32, 33, 34 surah al-Ahzab tentang Ahlul Bait nabi. Ayat ini menyatakan Allah hendak menghilangkan daripada isteri-isteri nabi kenistaan dan menyucikan mereka sesuci-sucinya. Telah diketahui pada zaman ayat ini duturunkan, A’isyah tinggal bersama-sama Rasulullah dan Khadijah sudah pun wafat. Oleh itu ayat ini adalah berkenaan isteri-isteri nabi. Namun kenapa pula isteri-isteri nabi tidak dikira sebagai Ahlul Bait? Sedangkan Sayidah Fatimah Zahra pula dan Imam Ali tinggal bersama Hasan dan Husain dalam rumah yang berasingan. Pada zaman ini ayat ini pun turun maka sudah tentu ayat itu termasuk juga isteri-isteri nabi, iaitu isteri-isteri nabi pun Ma’sum dan sudah tentulah isteri-isteri nabi termasuk juga Ahlul Bait nabi. Sila rujuk pada penerangan ini habis-habisan dan sila jawab dengan sumber-sumber yang muktabar. Terima kasih.

Jawapan:

1. Ayat tersebut sewaktu menceritakan tentang isteri-isteri nabi (s) menggunakan ‘Dhamir Muannath’, seperti:

من يات منکن - و من يقنت منکن - لستن - ان اتقيتن - تخضعن - وقرن - بيوتکن و ....

Namun ketika sampai pada ayat Tathir, ‘Dhamir Jama’ Muzakkar’ pula dikenakan pada ayat itu seperti:
ليذهب عنکم - ويطهرکم .

Maka diketahuilah ‘Mukhatab’ dalam ayat Tathir bukanlah ‘Mukhatab’ dalam ayat sebelum dan selepasnya itu.

2. Adapun isteri-isteri nabi (s) ramai mereka itu dan berbeza pula rumah yang mereka tinggal. Oleh itu dalam ayat 32 disebut (وقرن في بيوتکن)
dan jikalau ayat tersebut termasuk ayat Tathir pastilah menggunakan ayat (اهل البيوت)
kerana ingin mengatakan mereka itu Ahlul Bait (اهل البيت)

3. Menurut riwayat dari Sahih Muslim dan yang lainnya, ketika ayat Tathir diturunkan, Rasul yang mulia (s) memasukkan Ali, Fatimah, Hasan dan Hussain dibawah selimut dan ayat suci tersebut dibacakan.

قَالَتْ عَائِشَةُ خَرَجَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم غَدَاةً وَعَلَيْهِ مِرْطٌ مُرَحَّلٌ مِنْ شَعْر أَسْوَدَ فَجَاءَ الْحَسَنُ بْنُ عَلِيّ فَأَدْخَلَهُ ثُمَّ جَاءَ الْحُسَيْنُ فَدَخَلَ مَعَهُ ثُمَّ جَاءَتْ فَاطِمَةُ فَأَدْخَلَهَا ثُمَّ جَاءَ عَلِيٌّ فَأَدْخَلَهُ ثُمَّ قَالَ (إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا).
صحيح مسلم: 7 /130 ح 6414.

4. Dalam Sahih Muslim menurut riwayat Zaid bin Arqam telah ditanya adakah isteri-isteri nabi disebut sebagai Ahlul Bait atau tidak? Beliau menjawab isteri seorang lelaki tidak dikira sebagai Ahlul Bait kerana ramai perempuan hanya suatu waktu tinggal bersama lelaki, namun di akhir waktu ia ditalak, ia akan pergi ke rumah ayahnya dan ayah dikira sebagai Ahlul Bait adanya.

إنّ زيد بن أرقم سئل عن المراد بأهل البيت هل هم النساء ؟ قال: لا / وأيم اللّه ، إنّ المرأة تكون مع الرجل العصر من الدهر ، ثمّ يطلّقها ، فترجع إلى أبيها وقومها.
صحيح مسلم: ج 7 ص 123، (رقم 6381)، كتاب فضائل الصحابة، باب فضائل علي بن أبي طالب (ع).

5. Isteri-isteri rasulullah sedikitpun tidak pernah dipanggil dalam ayat Tathir yang mana termasuk diri kami. Namun sedikit khilaf dinukilkan seperti Ummu Salamah berkata setelah turunnya ayat Tathir dan memuliakan baginda Rasulullah yang mulia, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain (a.s.). Saya maju dan kepada baginda Rasulullah dan bertanya, apakah saya daripada kalangan Ahlul Bait? Baginda menjawab dikau ialah insan yang baik dan bukan pula daripada kalangan Ahlul Bait, namun daripada kalangan isteri-isteri nabi:

صحيح ترمذي:
عن أمّ سلمة، أنّ النبي صلى الله عليه وسلم جلل على الحسن والحسين وعلى وفاطمة كساء ثمّ قال : «اللهم هؤلاء أهل بيتى وحامّتي أذهب عنهم الرجس وطهّرهم تطهيراً&raquo. فقالت أم سلمة : وأنا معهم يارسول الله ؟ قال: إنّك على خير. هذا حديث حسن صحيح . وهو أحسن شئ روى في هذا الباب.
سنن الترمذي: ج 5 ص 361.

رواه الحاكم قائلا: هذا حديث صحيح على شرط البخاري ولم يخرجاه. المستدرك: 2/ 416، 3/ 146. وقال بعد نقل رواية اخرى بعد ذلك: هذا حديث صحيح على شرط مسلم ولم يخرجاه. المستدرك: 2/ 416.

وروى أيضاً عن عن عمر بن أبي سلمة قال: (لما نزلت هذه الآية على النبي (صلى الله عليه وآله): (إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرا) في بيت أم سلمة، فدعا فاطمة وحسناً وحسيناً، فجللهم بكساء وعلي خلف ظهره، فجلله بكساء، ثم قال: اللهم، هؤلاء أهل بيتي، فاذهب عنهم الرجس وطهرهم تطهيراً، قالت أم سلمة: وأنا معهم يا رسول الله؟ قال: أنت على مكانك وأنت إلى خير).
سنن الترمذي 5: 328. قال عنه الألباني: صحيح. صحيح سنن الترمذي، الألباني 3: 306 ح 3205.



Dalam riwayat Suyuthi dan Tabrani dan Ahmad bin Hanbal dinukilkan bahawa Ummu Salamah berkata, saya maju dan cuba masuk dalam selimut, baginda Rasulullah (s) menarik selimut dari tangan saya dan tidak mengizinkan saya menyertai dalam selimut tersebut:



عن أمّ سلمة أنّها قالت: «فرفعت الكساء لأدخل معهم فجذبه من يدي وقال: إنّك على خير .
مسند أحمد ج 6 ص 323، المعجم الكبير للطبراني ج 3 ص 53،الدر المنثور ج 5 ص 198.


Dengan ini jikalaulah kepada mana-mana isteri nabi juga dikatakan Ahlul Bait dan mereka pun termasuk dalam ayat Tathir, maka dapatlah selimut ditangan nabi itu diambil isteri nabi dan memasukinya.

Semoga berhasil.
Angkatan menjawab syubhah

http://reyhane-masoumah.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment