"Amerika telah mempersiapkan dan memperlengkapkan alat-alat bagi Wahabi untuk menghuru harakan perpaduan Muslimin, dari itu hendaklah kita memerhati mereka dan memperjelas kepada Umat Islam bahawa Wahabi bertujuan memecahbelahkan harakat umat Islam, sebagaimana Israel ditengah kaum muslimin, Wahabi juga bertugas menjadi musuh dalam selimut.... " Sayyed Ali Khamenei, semoga Allah melanjutkan usianya.

Tuesday, April 21, 2009

Siri Menjawab Syubhah: Bahagian [2] Apakah wujud riwayat tahrif dalam kitab al-Kafi?

Syaikh Muhammad al-Ghazali:

سمعت من هؤلاء يقول في مجلس علم : إنّ للشيعة قرآنا آخر يزيد و ينقص عن قرآننال المعروف فقلت له : أين هذا القرآن ؟ و لماذا لم يطّلع الإنس و الجن علي نسخة منه خلال هذا الدهر الطويل ؟ لماذا يساق هذا الافتراء...
دفاع عن العقيدة والشريعة ، ص 253 ، 264 طبع مصر عام 1975 الطبعة الرابعة .

"Saya telah mendengar daripada mereka dalam majlis ilmu mengatakan Syiah mempunyai al-Quran yang berbeda daripada al-Quran kita dan mempunyai subjek yang berkurang dan berlebih. Lalu saya mengatakan al-Quran ini di mana? Kenapa tidak seorang pun manusia dan jin menemui walau satu naskah daripadanya selama zaman yang panjang ini? Kenapa engkau membuat tuduhan tersebut?."

Seandainya semata-mata pengriwayatan hadis tersebut boleh menjadi kafir, maka seharusnya dari awal lagi hendaklah dihukumkan kafir terhadap penulis besar Ahlusunnah kerana mereka juga membawa riwayat yang berunsur Tahrif.

Telah berkata Ibnu Abbas, Umar telah berkata:

عن ابن عباس، قال: قال عمر: إِنَّ اللَّهَ بَعَثَ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْحَقِّ وَأَنْزَلَ عَلَيْهِ الْكِتَابَ فَكَانَ مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ آيَةُ الرَّجْمِ فَقَرَأْنَاهَا وَعَقَلْنَاهَا وَوَعَيْنَاهَا رَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجَمْنَا بَعْدَهُ فَأَخْشَى إِنْ طَالَ بِالنَّاسِ زَمَانٌ أَنْ يَقُولَ قَائِلٌ وَاللَّهِ مَا نَجِدُ آيَةَ الرَّجْمِ فِي كِتَابِ
اللَّهِ فَيَضِلُّوا بِتَرْكِ فَرِيضَةٍ أَنْزَلَهَا اللَّهُ وَالرَّجْمُ فِي كِتَابِ اللَّهِ حَقٌّ عَلَى مَنْ زَنَى إِذَا أُحْصِنَ مِنْ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ إِذَا قَامَتْ الْبَيِّنَةُ أَوْ كَانَ الْحَبَلُ أَوْ الِاعْتِرَافُ ثُمَّ إِنَّا كُنَّا نَقْرَأُ فِيمَا نَقْرَأُ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ أَنْ لَا تَرْغَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ فَإِنَّهُ كُفْرٌ بِكُمْ أَنْ تَرْغَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ أَوْ إِنَّ كُفْرًا بِكُمْ أَنْ تَرْغَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ
صحيح البخاري،  ج8، ص25و 26 و صحيح مسلم، ج5، ص116و مسند احمد، ج1،‌ ص40 و 55. و السنن الدارمي، عبدالله بن بهرام الدارمي ، ج2، ص179و سنن ترمزي، ج2، ص442 و المحلى ، ابن حزم ، ج 11 ، ص 236 .

Sesungguhnya Allah mengutuskan Muhammad (s) dengan benar, dan menurunkan kitab kepadanya, maka di dalamnya ada satu ayat tentang Rejam, lalu kami membacanya dan memahaminya dengan seluruh pemahaman, dan kami melakukan hukuman rejam selepas Rasulullah (s). Saya takut selepas masa berlalu pergi, orang berkata demi Allah kami tidak menemui ayat ini dalam al-Quran lalu dengan sebab meninggalkan kewajiban tuhan ini, mereka akan tersesat......

Al-Sya'rani daripada ulama besar Ahlusunnah juga mengatakan:
 
ولولا ما يسبق للقلوب الضعيفة ووضع الحكمة في غير اهلها لبينت جميع ما سقط من مصحف عثمان .
الكبريت الاحمر على هامش اليواقيت والجواهر ، ص143 .

Jikalau tiada kemusykilan bagi hati orang yang lemah, dan ilmu berada pada bukan posisinya maka tidak akan jatuh seluruh penerangan di Mushaf Uthmani.
al-ahmar 'ala hamisy al-Yuwaqit wal jawahir, halaman 143

Mufassir tersohor al-Alusi selepas menyebut tentang riwayat-riwayat Tahrif berkata:

والروايات في هذا الباب اكثر من ان تحصى .
روح المعاني ، ج1 ، ص24 .خ

Pengriwayatan tentang ini terlalu banyak daripada yang telah diperhitungkan.
Ruhul Ma'ani, jilid 1, halaman 24

نقل في الكتب القديمة ان ابن مسعود كان ينكر كون سورة الفاتحة من القرآن وكان ينكر كون المعوذتين من القرآن .
مفاتيح الغيب  ، ج 1 ، ص169 .

Fakhrudin al-Razi di dalam tafsirnya mengatakan ia telah menukilkan dari kitab-kitab lama sesungguhnya Ibnu Mas'ud berkata surah Fatihah dan Falaq dan al- Nas bukan bahagian daripada al-Quran.
 
Jadi sebelum kami menjawab (tentunya kami telah menjawabnya) Ahlusunnah juga harus menjawabnya.

Semoga Berhasil
Angkatan Menjawab Syubhah
http://reyhane-masoumah.blogspot.com

Monday, April 20, 2009

Siri Menjawab Syubhah: Bahagian [1] Apakah wujud riwayat tahrif dalam kitab al-Kafi?

Pertanyaan: Apakah wujud riwayat tahrif dalam kitab al-Kafi?

Jawaban: Pertamanya, tidak semua riwayat dalam kitab al-Kafi itu Sahih, kami seperti Ahlusunnah, kami tidak mengakui semua riwayat dalam kitab al-Kafi itu Sahih.

Keduanya istilah tahrif dalam Kalam kami dan daripada al-Marhum Kulaini menyebut:
 
يُحَرِّفُونَ الکَلِمَ عَن مَوَاضِعِهِ ( سوره مائده آيه 41)
 
 
Berbicara kalam tentang tempat-tempatnya
ialah sesuatu yang kembali menunjuki makna ayat, bukannya sesuatu itu mengubah al-Quran.

Pengriwayatan daripada Usul al-Kafi yang menunjukkan adanya Tahrif masih boleh dijawab jika menurut semua jalan metodologi dari arah persanadannya sudah Sahih. Misalnya firman Allah (swt):

قَوْلِ اللَّهِ عَزَّ وَ جَلَّ وَ ما كانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ (فِي عَلِي وَ الْأَئِمَّةِ ) كَالَّذِينَ آذَوْا مُوسي فَبَرَّأَهُ اللَّهُ مِمَّا قالُوا
اصول الکافي ، ج1  ص414 ، بَابٌ فِيهِ نُكَتٌ وَ نُتَفٌ مِنَ التَّنْزِيلِ فِي الْوَلَايةِ .

Usul al-Kafi, jilid 1 halaman 414

Firman Allah:

"Kamu tidak berhak menyakiti Rasulullah (terhadap Ali dan para Imam) seperti orang-orang yang menyakiti Musa maka Allah berlepas tangan dengan apa yang telah mereka katakan"

Dalam Sanad berasingan ini iaitu Sanad Sahih atau tidak, kita mampu menjawab:
Bermaksud daripada firman Allah (azj) dalam riwayat, bukanlah al-Quran (kerana kebanyakan riwayat adalah hadis-hadis Qudsi, diturunkan daripada Allah kepada RasulNya namun ianya bukan al-Quran).
Riwayat ini juga menerangkan subjek-subjeknya. Iaitu ketika ayat ini turun atas Rasulullah, pengriwayatan itu membawa maksud kepada Ali dan para Imam.

Akan tetapi Ahlusunnah memaknai ayat itu sebagai Tahrif, dan menerangkannya sebagai
subjek yang lain pula.

Pegangan Syiah tidak mempercayai adanya Tahrif al- Quran. Menurut pandangan Syiah tiada tempat untuk Tahrif al-Quran walaupun banyaknya ulama Ahlusunnah mengiktiraf adanya Tahrif tersebut.

Syaikh Muhammad Abu Zuhrah menyatakan:
 
القرآن بإجماع المسلمين هو حجة الإسلام الأولي و هو مصدر له ، و هو سجل شريعته ، و هو الذي يشتمل علي كلها و قد حفظه الله تعلي الي يوم الدين كما وعد سبحانه اذ قال : «انا نحن نزلنا الذكر و إنا له لحافظون» و إن إخواننا الامامية علي اختلاف منازعهم يرونه كما يراه كل مؤمنين .
الامام الصادق ، محمد ابوزهره ، ص296 .

Saudara-saudara kita Syiah, adanya ikhtilaf mazhab dengan kita, pandangan mereka terhadap al-Quran sama sebagaimana semua Mukmin yang lain.
Imam Shadiq, Muhammad Abu Zuhrah, halaman 296.

و مهما يكن من أمر فإن هذا المصحف هو الوحيد المتداول في العالم الاسلامي ، بما فيه فرق الشيعة ، و منذ ثلاثة عشر قرناً من الزمان
مدخل إلي القرآن الكريم ، ص40_39

Sesungguhnya Mashaf al-Quran yang tersebar di seluruh dunia Islam sekarang ini adalah al-Quran yang sama dikalangan Syiah, (Iaitu Syiah juga menerima al-Quran ini) selama tiga belas abad.
Madkhal ilal Quranul Karim, 39-40.

Syaikh Rahmatullah al-Hindi:
 
القرآن المجيد عند جمهور علماء الشيعة الامامية الاثني عشرية محفوظ من التغيير و التبديل، و من قال منهم بوقوع النقصان فيه، فقوله مردود غير مقبول عندهم .
اظهار الحق ، تعليق الدكتور أحمد حجازي ، ص431 .

"Al-Quran Majid menurut Jumhur Ulama Syiah Imamiah Ithna 'Asyariyah terjaga daripada perubahan dan penggantian. Orang yang mengatakan bahawa di dalam al-Quran terdapat kekurangan, perkataannya tidak bisa diterima.

Bersambung.....

Semoga Berhasil
Angkatan Menjawab Syubhah
http://reyhane-masoumah.blogspot.com

Monday, April 13, 2009

Siri Menjawab Syubhah: Mengapa nama Ali dan kekhalifahannya tidak terdapat di dalam al-Quran secara jelas?

Pertanyaan: Mengapa nama Ali dan kekhalifahannya tidak terdapat di dalam al-Quran secara jelas.

Jawaban: Imam Kazim juga pernah ditanya tentang hal ini. Imam menjawab yang pertama al-Quran tidak menjelaskan semua masalah secara terperinci. Seperti tentang Shalat, Allah berfirman: 'Dirikanlah Shalat' akan tetapi tidak dijelaskan tentang berapa rakaatnya. Begitu juga dalam masalah Haji, Zakat dan yang lainnya, Allah (swt) memberi tanggung jawab kepada Nabi (s) untuk menjelaskannya secara terperinci dan Dia jadikan kata-kata Nabi (s) setara dengan al-Quran.

___________________________________
'Apa yang Rasul berikan kepadamu maka ambillah, dan apa yang dilarangnya jauhilah'
Surah al-Hasyr, 7


Begitu juga banyak riwayat sama ada Sunni atau Syiah mengatakan:
_________________________________
Sesungguhnya Jibrail menurunkan Sunnah sebagaimana ia menurunkan al-Quran (menyampaikan Sunnah seperti mana ia menyampaikan al-Quran)

Kita mengakui bahawa terdapat ayat tentang Ali dalam al-Quran.
________________________________
'Sesungguhnya Wali kamu ialah Allah dan Rasulnya dan orang beriman yang mendirikan Shalat, memberi zakat ketika mereka rukuk'
al-Maidah ayat 55

Ulama-ulama muktabar Ahlusunnah seperti Taftazani, Qusyji, Jurjani sehinggakan para mufassirin mengatakan:

________________________________
Sesungguhnya ayat ini mengenai Ali bin Abi Talib ketika ia memberi cincin kepada seorang peminta.

Tafsir al-Aalusi: 6/166: Sesungguhnya Ayat Ini diturunkan pada Ali karramahu wajhah; 3/602: dan ijma' para Imam Tafsir maksudnya adalah Ali; Syarah al-Tadrib: 368.

Pertanyaan kami ialah, ketika Abu Bakar melantik Umar menjadi Khalifah, ungkapan apa yang dia ucapkan? Apakah Rasul tidak ucapkan ungkapan ini untuk hak Ali?

Jika dengan lafaz Khalifah, Rasulullah telah mengatakan Ali adalah Khalifah sesudahku.

Jika dengan lafaz Wasi, Rasulullah mengatakan Ali adalah Wasi sesudahku.

Jika dengan lafaz Imam, Rasulullah juga mengatakan Ali bin Abi Talib (as) adalah Imam al-Bararah (Pemimpin berbakti).
Yanabi'ul Mawaddah: 2/78; Jami' al-Saghir: 2/177.

Akan tetapi sayang sekali pembahasan ini tidak diterima melalui kebenaran, namun mengikuti kekerasan hati dan kefanatikan.

Semoga Berhasil
Angkatan Menjawab Syubhah
http://reyhane-masoumah.blogspot.com

Siri Menjawab Syubhah: Dalam aqidah Syiah martabat Ali (as) lebih tinggi dari seluruh para nabi. Sila buktikan perkara ini dengan ayat al-Quran.

Pertanyaan: Dalam aqidah Syiah martabat Ali (as) lebih tinggi dari seluruh para nabi. Sila buktikan perkara ini dengan ayat al-Quran.

Jawaban: Dalam perkara ini ada satu jawaban yang bertentangan dan ada satu jawaban penyelesaian. Namun jawaban bertentangan ialah: Ahlusunnah menukilkan daripada Abu Bakar bahawa Nabi (s) bersabda:
___________________________________
"Jikalau saya tidak diutus kepada kamu semua, niscaya diutuskan Umar kepadamu."
Tarikh Madinah Dimasq: 44/114; Kanzul 'Ummal: 11/581

Ia menyatakan tingkatan makam Umar setara dengan makam Nabi (s). Oleh kerana Nabi Muhammad (s) lebih afdhal daripada semua para Nabi, maka Umar juga turut lebih Afdhal daripada semua Anbiya!!!

Namun jawaban penyelesaian:

Syiah dan Sunni mahupun Wahabi beraqidah tentang 'diri kami dan diri kamu' dalam ayat Mubahalah adalah Ali bin Abi Talib (as).
Surah Ali 'Imran, ayat 61

Mereka berkata: Dalam ayat ini diri dan jiwa Nabi (s) diletakkan pada Ali bin Abi Talib (as), maka perkataan 'diri' di sini bukanlah bermaksud diri yang sebenar, namun bermakna beliau mempunyai seluruh kelebihan dan martabat Nabi hanya saja beliau bukanlah seorang Nabi.

Dalam Hadis Manzil juga nabi bersabda:

"Kedudukanmu di sisiku seperti Harun di sisi Musa, cuma tiada Nabi setelahku"
Sahih Muslim: 8/120; Sunan Ibnu Majah 1/45"

Di samping itu ada berbagai riwayat ketika surah Baraah telah diturunkan. Nabi (s) memberikan surah itu kepada Abu Bakar untuk dibacakan di hadapan Musyrikin Makkah. Namun saat beliau dalam perjalanan dengan arahan Nabi, Ali bin Abi Talib (s) datang dan mengambil surah itu. Abu Bakar berduka cita lantas berkata kepada Nabi (s): Apakah telah turun sesuatu supaya surah dari saya diambil? Nabi bersabda: Tidak, Tuhan dengan perantara Jibrail menyampaikan pada saya, hendaklah ayat tersebut saya sendiri yang menyampaikannya atau 'siapa yang berkedudukan seperti saya'.

Dengan ini ayat Mubahalah dan beberapa riwayat yang lain mengatakan diri Ali setara martabatnya dengan diri Rasulullah (s) kecuali kenabian. Oleh kerana Nabi lebih Afdhal dari semua Nabi, maka Ali (as) juga lebih Afdhal dari seluruh Anbiya.

Sebagai tambahan, dalam kitab-kitab Syiah juga ada banyak riwayat tentang kelebihan para Imam (as) atau kelebihan Amirul Mukminin yang mempunyai hubungan dengan Anbiya yang lain. Ali, Hasan, Hussain dan Fatimah adalah daripada golongan ayat Tathir yang telah Allah sucikan sesucinya daripada segenap kenistaan; tidak ada pula Ta'bir seperti ini untuk para Anbiya.

Semoga Berhasil
Angkatan Menjawab Syubhah
http://reyhane-masoumah.blogspot.com

Saturday, April 11, 2009

Siri Menjawab Syubhah: Tolong berikan penerangan tentang Bai'atul Ridwan dan kaitannya dengan keadilan Sahabat

Pertanyaan: Tolong berikan penerangan tentang Bai'atul Ridwan dan kaitannya dengan keadilan Sahabat.

Jawapan: Di zaman perjanjian Hudaibiyah, sekumpulan orang Islam membai'at Nabi di bawah pohon. Pembai'atan ini masyhur dengan Bai'atul Ridwan dengan ayat yang telah turun:
________________________________
"Mereka yang membai'at dikau hakikatnya mereka membai'at Allah, sesungguhnya Allah ridha dengan Mukminin jikalau mereka membai'at engkau di bawah pohon."

Ahlusunnah tidak percaya kebarangkalian tuhan meridhai seseorang dan selepas itu individu itu menyimpang. Dalam pembai'atan ini siapa pun seperti Umar, Abu Bakar, Uthman, Khalid dan beberapa orang lagi telah hadir.

Jawapan kami ialah pertamanya ayat itu sendiri menggunakan kalimah 'iz zarfiah muqayyad'. Iaitu ayat itu menyatakan pada ketika itu Allah meridhai engkau yang memberi Bai'at. Dengan ini tuhan meridhai mereka sebelum dan selepas pembai'atan tertakluk dengan syarat selagi individu itu mampu tetap menjaga kemakmuran ini.

Ibnu Kathir, Tabari dan Suyuthi adalah daripada kalangan ulama besar Ahlusunnah mengatakan Bal'am bin Ba'urah yang punyai maqam maknawi yang tinggi, di mana Tuhan meletakkan nama sejahtera (Islam) padanya. Al-Quran menyatakan perkara ini:
__________________________
"Kami membacakannya mereka kisah orang yang telah kami berikannya ayat"
al-A'raf 175

Ini menunjukkan tingkatan maqam Bal'am bin Ba'ura lebih tinggi dari mereka yang berada di Bai'atul Ridwan kerana beliau mempunyai Ismu A'zam.
_________________________________
"maka dia menuruti Syaitan dan termasuk di kalangan mereka yang sesat"

Kesimpulannya dengan pengajaran peristiwa ini, jikalau Tuhan meridhai seseorang, maka Dia akan menyatakan keridhaanNya dengan bentuk yang sangat berharga selama seseorang itu menjaga keistiqamahan prinsip itu. Jika tidak, begitu banyak orang yang memiliki makam yang sangat tinggi namun setelah itu mereka tersesat.

Sebagai contoh Abdullah bin Abi Sara sahabat Rasulullah (s) penulis wahyu pertama, akan tetapi selepas beberapa ketika ia murtad dan menghina Rasulullah (s). Hingga sampai ke satu tahap, Rasulullah berkata pada waktu Fath Makkah, beberapa orang daripada mereka, walaupun mereka bergantung pada kain Kaabah, penggallah kepala mereka, salah seorang daripada mereka ialah Abdullah bin Abi Sara'.

Allah (swt) berfirman kepada Rasulullah (s):
_________________________________
"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) sebelummu 'jika kamu mempersekutukan (Allah), niscaya akan hapuslah amalanmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi." Surah az-Zummar ayat 65.

Kita menerima bahwasanya ayat-ayat ini diturunkan tentang sahabat. Akan tetapi berapa ramai antara sahabat-sahabat yang mampu menjaga makam tersebut, Perlulah adanya pembahasan dan penelitian.

Begitu juga dalam Sahih Muslim terdapat hadis yang bernama Hadis Haudh, yang mana tidak ada jalan lagi untuk Ahlussunnah mengelak dari hal tersebut. Di hari kiamat sebilangan para sahabat akan dibawa ke api neraka. Rasulullah bertanya ke mana dibawa sahabat-sahabat baginda. Lantas dijawab ke neraka. Ditanya kenapa, lantas dijawab lagi, kerana mereka murtad dan kembali ke masa jahiliyah sepeninggalan baginda. Yang lebih menarik, Bukhari mengatakan hanya sedikit daripada mereka yang selamat.
Sahih Bukhari: 7/208; Shawahid Tanzil: 284/1

Ummul Mukminin Aisyah telah berkata:
"Sekalian orang Arab telah murtad setelah wafatnya Rasulullah"
Al-Bidayah wa al-Nihayah: 6/336; Tarikh Madinah Dimasyq: 30/316, Wahabi ingin mempermasalahkan Syiah iaitu engkau mengatakan sesudah Nabi semua orang selain empat orang telah murtad, iaitu selama masa 23 tahun usaha keras Rasulullah mendidik hanya empat orang yang tidak murtad? Jawaban kami ialah, kalau kami mengatakan hanya empat orang yang tidak murtad,tetapi Ummul Mukminin Aisyah mengatakan semua orang Islam itu murtad, tentunya dalam pandangan Syiah yang dimaksud dengan murtad bukanlah murtad daripada keimanan, akan tetapi menentang perintah-perintah yang telah ditetapkan oleh Rasulullah.

Pada zaman khalifah ke dua, ketika salah seorang sahabat meninggal, saat Huzaifah tidak menerima bahawa sahabat ini bukan daripada kalangan munafik, hinggalah khalifah tidak hadir untuk menyolatinya kerana ia takut orang tersebut daripada golongan munafik. Ini kerana Syiah dan Sunni menerima bahawasanya Huzaifah sahabat penyimpan rahsia dan Rasulullah pernah mengatakan nama-nama orang munafik kepadanya.

Semoga Berhasil
Angkatan Menjawab Syubhah
http://reyhane-masoumah.blogspot.com/

Fitnah dan Wahbi: Kisah Wahbi dan Surah Yusuf

Kisah Wahabi dan Surah Yusuf

Ketika melaksanakan umrah dan haji ke Baitullah serta ziarah ke Madinah Munawwarah, rombongan mahasiswa memasuki kuburan Baqi', para muballigh wahabi datang seolah-olah seperti serigala yang mau menyerang dan mengepung mahasiswa tersebut.

Mereka (wahabi) mempunyai keinginan untuk merusak akidah dan kepercayaan yang otentik serta kesucian Syiah.Mereka juga berusaha untuk menarik para mahasiswa tersebut ke mazhab wahabi yang salah,padahal baik syiah maupun sunni bukanlah termasuk golongan tersebut.

Muballigh wahabi:Mengapa anda orang-orang syiah tidak langsung meminta kepada Allah? serta mengajak orang-orang lain supaya ikut seperti kamu?

Mahasiswa: Aneh? Memangnya anda tidak membaca al-quran? Bagaimana saudara-saudara Yusuf, ketika mengetahui bahwa mereka bersalah lalu datang kepada ayahnya dan mereka berkata: (wahai ayah! mintakanlah ampun dari Tuhan agar Dia mengampuni dosa-dosa kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah).Surah Yusuf, ayat 97.

Lalu Hadrat Ya'kub menjawab:
"Aku akan memohonkan ampunan bagimu kepada Tuhanku. SesungguhNya Dia Maha Pengasih Lagi Penyayang.
Surah Yusuf, ayat 98


Dalam riwayat disebutkan bahwa nabi Ya'kub menunggu datangnya malam jum'at,dan beristighfar di malam itu.

Jadi apa alasan anda ketika Allah swt dan Hadrat Yaqub a.s. menerima permohonan maaf saudara-saudara Yusuf (as)?

Memangnya kedudukan anda lebih tinggi dari Allah dan nabiNya? Sehingga kalian katakan tawassul itu perbuatan syirik.

Muballigh Wahabi: Astaghfirullah,astaghfirullah, tetapi kalian bertabarruk kepada pintu,dinding dan pusara mereka,bukankah ini perbutan syirik?

Mahasiswa:Hebat, memangnya kalian tak mempercayai al-quran?

Muballigh Wahabi:kenapa tidak?

Mahasiswa: Allah berfirman:Pergilah kamu dengan membawa baju gamisku ini,lalu letakkanlah ke wajah ayahku, nanti dia akan melihat kembali, dan bawalah keluargamu semuanya kepadaku.
Surah Yusuf, ayat 93

Tatkala pembawa kabar gembira itu datang,maka diletakkannya baju itu ke wajahnya(Ya'kub), lalu dia dapat melihat kembali.
Ya'kub berkata: "Tidakkah aku katakan bahwa aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui."

Sekarang apa yang kamu katakan tentang baju Yusuf di mana nabi Ya'kub bertabarruk kepadanya dan mendapat kesembuhan.

Wahabi: Astaghfirullah,astaghfirullah!

Mahasiswa: mengapa kamu dalam menjawab dalam keadaan terpaksa serta cepat-cepat mengucapkan istighfar.

Muballigh wahabi tersebut pergi dengan terpaksa, takjub serta merasa tertekan dan mungkin juga ragu dengan akidahnya yang tertutup tersebut.

Para mahasiswa tersebut sebelum pergi melaksanakan umroh merupakan mahasiswa yang konsen terhadap masalah-masalah dan kesyubhatan-kesyubhatan Wahabi. Mereka juga merupakan wakil dari wali faqih di universitas-universitas,yang ditugaskan dalam perjalanan ini.

Semoga Berhasil
Angkatan Menjawab Syubhah
http://reyhane-masoumah.blogspot.com/

Monday, April 6, 2009

Siri Menjawab Syubhah: Apakah Nabi yang Maksum takut terhadap sesuatu dalam peristiwa al-Ghadir?

Pertanyaan: Dalam Ayat suci al-Quran:
Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada tuhanmu… dan Allah menjagamu daripada manusia,

Apakah nabi takut? Apakah seorang yang maksum pun takut terhadap sesuatu?

Dalam ayat al-Quran juga tercatat:

Dan Allah tidak memberi hidayat kepada orang kafir, apakah barangsiapa yang tidak menerima wilayah dikira sebagai orang kafir?

Jawapan: Dalam menjawab soalan ini hendaklah kita berkata apakah Nabi (s) tidak maksum kerana selama 13 tahun di Makkah dalam menghadapi kejahatan-kejahatan Quraysh seperti penyiksaan para sahabat baginda tidak sedikit pun melakukan pembalasan?

Apakah Nabi (s) tidak maksum apabila pergi ke gua kerana takut dibunuh dan dari sana baginda sendiri mulai berhijrah?

Apakah Nabi Musa (as) tidak Maksum ketika melarikan diri kerana takut akan kaumnya Bani Israel?

Pertanyaan ini menunjukkan masalah ketakutan dan kemaksuman sama sekali langsung tidak berkaitan.

Sesungguhnya para anbiya dan para Imam itu Maksum iaitu tidak melakukan kesilapan dan kesalahan. Perkara ini bukanlah kerana semua kerjaan mereka diiringi dengan mukjizat. Al-Quran dari lisan Nabi (s) menyatakan:

"Sesungguhnya saya manusia seperti kamu semua, telah diwahyu kepada saya."
Al-Kahf ayat 11

Namun mengapa Tuhan berfirman dan Allah menjagamu dari manusia? Apakah yang ditakuti dalam urusan kekhalifahan Ali?

Ibnu Abbas menukilkan: "Di zaman tibanya arahan kepada Rasul dan disampaikan kepada orang ramai, Rasul bersabda: Hingga kini kabilahku dipengaruhi kesan-kesan Jahiliyah, mereka bersaing dan berbangga dengannya, ramainya individu-individu dari seluruh kabilah ini terbunuh dalam peperangan berlainan di tangan Ali. Mereka menyimpan kebencian dan dendam pada Ali. Dan saya takut. Maka turunlah ayat wahai Rasul sampaikanlah apa yang diturunkan daripada Tuhanmu, jika engkau tidak melaksanakannya maka engkau tidak menyampaikan risalahnya, dan Allah menjagamu dari manusia." Syawahid al-Tanzil 1/225

Suyuthi juga menulis saat Rasulullah menyampaikan urusan Wilayah: "Saya tahu ramai orang ingin menyangkali saya, Allah juga telah memerintahkan saya menyampaikannya atau diazabkan saya." Ad-Durrul Manthur; 2/298

Orang ramai pernah bangkit berdepan dengan dengan nabi hanya kerana satu urusan kecil berkait dengan ibadah dan Fiqah sehingga Aisyah mengatakan: Siapa memarahimu Allah akan murka kepadanya, Allah akan memasukkannya ke dalam neraka.

Apakah dengan urusan penting ini dapat mereka bertahan dan tidak bangun berdepan dengan baginda?

Subjek ini menunjukkan kelangsungan kekhalifahan Abu Bakar sebuah masalah yang telah direncana sebelumnya. Sebelum kewafatan Nabi seluruh persiapan telah disiapkan dan akhirnya memberi keputusan di Saqifah Bani Sa'adah.

Semoga Berhasil
Angkatan Menjawab Syubhah
http://reyhane-masoumah.blogspot.com