"Amerika telah mempersiapkan dan memperlengkapkan alat-alat bagi Wahabi untuk menghuru harakan perpaduan Muslimin, dari itu hendaklah kita memerhati mereka dan memperjelas kepada Umat Islam bahawa Wahabi bertujuan memecahbelahkan harakat umat Islam, sebagaimana Israel ditengah kaum muslimin, Wahabi juga bertugas menjadi musuh dalam selimut.... " Sayyed Ali Khamenei, semoga Allah melanjutkan usianya.

Sunday, January 16, 2011

Golongan manakah Firqah al-Najiyah menurut Ahlusunnah?

Kiriman: misbah_huda83@yahoo.com
© Tidak dibenarkan menyiarkan atau menerbitkan artikel ini tanpa izin pengarangnya


Para ulama Ahlusunnah turut berselisih dalam mendefinisikan dan memperkenalkan siapakah Firqatul Najiyah (golongan yang selamat). Sebahagian golongan Asyairah dan Ahlul Hadis menganggap merekalah Firqatul Najiyah. Sebaliknya Maturidiyah pun mendakwa hal yang sama. Begitu juga golongan Ahlul Qiyas (Hanafi)…… Dalam makalah ini diperturunkan beberapa contoh yang berkaitan:
Hanya Asyairah Firqatul Najiyah

Qadi ‘Iddudin Ija, salah seorang tokoh Ahlusunnah mengatakan:

وأمّا الفرقة المستثناة الذين قال فيهم: هم الذين على ما أنا عليه وأصحابي، فهم الأشاعرة والسلف من المحدّثين وأهل السنّة والجماعة، ومذهبهم خال من بدع هؤلاء.
الإيجي، عضد الدين (متوفاي756هـ)، كتاب المواقف، ج 3 ص 718، تحقيق: عبد الرحمن عميرة، ناشر: دار الجيل، لبنان، بيروت، الطبعة: الأولى، 1417هـ، 1997م.

Firqah yang al-Mustasnah (Firqatul Najiyah) yang dikatakan (Rasulullah) ialah: “Aku dan para sahabat berada di atasnya, mereka itu ialah Asyairah, para ahli Hadith Salaf, Ahlusunnah wal Jama‘ah dan mazhab mereka tidak ada Bid‘ah”.
-Al-Ija, Iddudin (Wafat dalam tahun 756 Hijrah), Kitab al-Muwaqif, jilid 3 halaman 718

Maturudiyah adalah Firqatul Najiyah

Abu Sa‘id Khadimi ketika membela golongan Maturidiyah berkata:

قَالَ الْعَلَّامَةُ الْعَضُدُ: الْفِرْقَةُ النَّاجِيَةُ وَهُمْ الْأَشَاعِرَةُ لَعَلَّ مُرَادَهُ إمَّا تَغْلِيبَ أَوْ عُمُومَ مَجَازٍ أَوْ ادِّعَاءَ اتِّحَادِهِمْ مَعَ الْمَاتُرِيدِيَّةِ الَّذِينَ تَابَعُوا فِي الْأُصُولِ كَالْحَنَفِيَّةِ إلَى عَلَمِ الْهُدَى الشَّيْخِ أَبِي مَنْصُورٍ الْمَاتُرِيدِيِّ وَجْهُ كَوْنِهِمْ فِرْقَةً نَاجِيَةً الْتِزَامُهُمْ كَمَالَ مُتَابَعَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ تَعَالَى عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابِهِ فِي مُعْتَقَدَاتِهِمْ بِلَا تَجَاوُزٍ عَنْ ظَاهِرِ نَصٍّ بِلَا ضَرُورَةٍ وَلَا اسْتِرْسَالٍ إلَى عَقْلٍ خِلَافًا لِمُخَالِفِيهِمْ كَمَا ذَكَرَهُ الْعَلَّامَةُ الدَّوَانِيُّ.
الخادمي، أبو سعيد محمد بن محمد (متوفاى1156هـ)، بريقة محمودية، ج 1، ص 388.

‘Iddudin Ija telah berkata: Firqatul Najiyah ialah golongan Asya‘irah, kemungkinan maksud kata-kata beliau masih luas, atau dalam bentuk metafora umum iaitu majoriti Asyairah, atau juga I’tiqadnya sama dengan al-Maturidiyah di dalam Ushul seperti Abu Hanifah yang merupakan anak murid kepada Syaikh Abi Manshur al-Maturidiyah. Kerana ini mereka percaya, bahawa mereka adalah kelompok Firqatul Najiyah yang mengikuti Rasulullah dan para sahabat baginda secara total di dalam aqidah, tanpa melihat pada zahir teksnya semata-mata meskipun satu keperluan merujuk kepada akal sebagai khilaf terhadap orang yang berselisih dengannya.
-Alkhadimi, Abu Sa‘id Muhammad bin Muhammad (Wafat pada tahun 1156 Hijrah), Bariqah Mahmudiyah, jilid 1 halaman 388

Hanya pengikut Ahmad bin Hanbal ialah Firqatul Najiyah


Salah seorang Ulama Ahlusunnah bernama Saffarini menulis tentang Firqatul Najiyah sebagai berikut:

أهل السنة والجماعة ثلاث فرق: الأثرية وإمامهم أحمد بن حنبل، والأشعرية وإمامهم أبو الحسن الأشعري، والماتريدية وإمامهم أبو منصور الماتريدي.


Ahlusunnah wal Jamaah ada tiga kelompok: al-Athariyah yang berimamkan Ahmad bin Hanbal, al-Asya‘irah yang berimamkan Abul Hasan al-Asya‘ari, dan al-Maturidiyah yang berimamkan Abu Manshur al-Maturidi

Beliau menambah:

قال بعض العلماء: هم يعني الفرقة الناجية أهل الحديث: يعني الأثرية، والأشعرية والماتريدية.

Sebahagian ulama mengatakan: Firqatul Najiyah ialah Ahlul Hadith, iaitu Al-Atsariyah, Al-Asya‘irah dan Al-Maturidiyah

Di akhirnya beliau mengatakan:

أنّ قول النبي صلى اللّه عليه وآله وسلم: «إلا فرقة واحدة » ينافي التعدّد، فالفرقة الناجية هم الأثريّة فقط، أتباع أحمد بن حنبل، دون الأشعريّة والماتريدية.
السفاريني الحنبلي، شمس الدين محمد بن أحمد بن سالم (متوفاي 1188هـ)، لوامع الأنوار البهيّة، ج1،‌ ص73 ـ 76.

Sesungguhnya sabda Nabi (s.a.w.) “Kecuali satu firqah sahaja” telah menafikan banyak firqah (sebagai Firqatul Najiyah), maka Firqatul Najiyah hanyalah al-Atsariyah, pengikut Ahmad bin Hanbal. Bukannya al-Asya‘irah dan al-Maturidiyah.
-Al-Saffarini al-Hanbali, Syamsudin bin Ahmad bin Salim (Wafat dalam tahun 1188 Hijrah), Lawami’ al-Anwar al-Bahiyah, jilid 1 halaman 73-76.

Hanya Ahli Hadith ialah Firqatul Najiyah

Di kalangan kelompok-kelompok Islam, Ahlu Hadith berusaha bersungguh-sungguh mendakwa bahawa merekalah Firqatul Najiyah.

Abu Muzaffar Sam‘ani menulis:

أن الله تعالى أبى أن يكون الحق والعقيدة الصحيحة إلا مع أهل الحديث والآثار لأنهم أخذوا دينهم وعقائدهم خلفا عن سلف وقرنا عن قرن إلى أن انتهوا إلى التابعين وأخذه التابعون عن أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم وأخذه أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ولا طريق إلى معرفة ما دعا إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم الناس من الدين المستقيم والصراط القويم إلا هذا الطريق الذي سلكه أصحاب الحديث

وأما سائر الفرق فطلبوا الدين لا بطريقه لأنهم رجعوا إلى معقولهم وخواطرهم وآرائهم فطلبوا الدين من قبله فإذا سمعوا شيئا من الكتاب والسنة عرضوه على معيار عقولهم فإن استقام قبلوه وإن لم يستقم في ميزان عقولهم ردوه فإن اضطروا إلى قبوله حرفوه بالتأويلات البعيدة والمعاني المستنكرة فحادوا عن الحق وزاغوا عنه ونبذوا الدين وراء ظهورهم وجعلوا السنة تحت أقدامهم تعالى الله عما يصفون...

أو ما سمعت أن المعتزلة مع اجتماعهم في هذا اللقب يكفر البغداديون منهم البصريين والبصريون منهم البغداديون ويكفر أصحاب أبي علي الجبائي ابنه أبا هاشم وأصحاب أبي هاشم يكفرون أباه أبا علي.
السمعاني، ابوالمظفر منصور بن محمد بن عبد الجبار (متوفاي489هـ)، الانتصار لأصحاب الحديث، ج 1، ص 44، تحقيق: محمد بن حسين بن حسن الجيزاني، ناشر: مكتبة أضواء المنار - السعودية، الطبعة: الأولى، 1417هـ - 1996م.

Sesungguhnya Allah Ta‘ala tidak menjadikan kebenaran dan aqidah yang benar melainkan bersama Ahlul Hadith, kerana mereka telah mengambil agama dan aqidah mereka sejak zaman dahulu lagi dari para Tabi‘in yang mengambilnya daripada para sahabat, dan para sahabat mengambilnya daripada Nabi (s.a.w.). Oleh itu tidak ada jalan untuk sampai ke agama yang benar dan jalan yang Qawim kecuali jalan yang diamalkan Ahli Hadith.

Adapun kelompok yang lain mencari agama bukan di jalannya, kerana sesungguhnya mereka merujuk kepada daya akal dan pandangan mereka sendiri. Jikalau mereka mendengar sesuatu dari kitab al-Quran dan Sunnah, mereka akan melahirkan pandangan menurut timbangan neraca akal-akal mereka. Mereka menerimanya jikalau bersetuju, dan menolaknya jikalau bertentangan dengan akal mereka. Sekiranya terpaksa menerimanya, mereka akan memutar belit dengan penafsiran yang jauh dan tidak sesuai. Dengan ini mereka terpesong dari jalan kebenaran. Mereka mengesampingkan agama dan menjadikan sunnah dibawah kaki-kaki mereka. Maha suci Allah dari apa yang mereka sifatkan. Sesungguhnya kelompok di bawah nama Mu’tazilah saling mengkafirkan. Mu’tazilah Baghdad mengkafirkan penduduk dan Mu’tazilah Bashrah. Pengikut Abu ‘Ali Jabaie mengkafirkan anaknya iaitu Abu Hashim. Manakala pengikut Abi Hashim mengkafirkan ayahnya iaitu Abu ‘Ali.
- al-Sam‘ani, Abul Muzaffar bin Muhammad ‘Abdul Jabbar (meninggal dalam tahun 489 Hijrah), Al-Intisar Li Ashabul Hadith, jilid 1 halaman 44.

Betapa taksubnya Ahlul Hadith cuba membuktikan hanya merekalah Firqatul Najiyah, sehinggakan mereka mendakwa Nabi (s.a.w.) bersabda di dalam mimpi mereka seperti yang ditulis oleh Khatib al-Baghdadi seperti berikut:

حدثني محمد بن أبي الحسن قال أخبرني أبوالقاسم بن سختويه قال سمعت أباالعباس أحمد بن منصورالحافظ بصور يقول سمعت أبا الحسن محمد بن عبدالله بن بشر بفسا يقول رأيت النبي صلى الله عليه وسلم في المنام فقلت من الفرقة الناجية من ثلاث وسبعين فرقة قال أنتم يا أصحاب الحديث
البغدادي، أحمد بن علي ابوبكر الخطيب (متوفاي463هـ)، شرف أصحاب الحديث، ج 1، ص 25، تحقيق: د. محمد سعيد خطي اوغلي، ناشر: دار إحياء السنة النبوية - أنقرة.

Muhammad bin ‘Abdullah bin Bashar berkata: “Telah ku lihat Nabi Muhammad s.a.w. di alam mimpi. Maka aku pun bertanya, “Siapakah Firqatul Najiyah daripada tujuh puluh tiga firqah?” Nabi (s.a.w.) bersabda: “Engkau wahai Ahli Hadith”.
-Al-Baghdadi Ahmad bin Abu Bakar al-Khatib (meninggal dalam tahun 463 Hijrah), Syarf Ashabul Hadith, jilid 1 halaman 25

Ibnu Fakhir al-Isfahani menulis:

حدثنا محمد بن عبيد الله بن بشر الفسوي، قال: رأيت رسول الله في المنام في مسجد عندنا بفسا جالس (لنا؟) في المحراب، فبركت بين يديه وبيدي محبرة، فقلت: يا رسول الله، من الفرقة الناجية من الثلاث والسبعين فرقة من أمتك؟ قال: أنتم يا أصحاب الحديث.
السمري الاصبهاني، معمر بن عبد الواحد بن رجاء بن عبد الواحد بن محمد بن الفاخر (متوفاي564هـ)، مجلس ابن فاخر الأصبهاني، ج 1، ص 480، تحقيق: نبيل سعد الدين جرار، ناشر: مكتبة البشائر الاسلامية - لبنان / بيروت، الطبعة: الأولى، 1422هـ - 2001م.

Muhammad bin ‘Ubaidillah Basyar telah berkata: “Aku telah melihat Rasulullah (s.a.w.) dalam mimpi di sebuah Masjid kota Fasa. Baginda duduk di mihrabnya. Aku bertanya: Wahai Rasulullah (s.a.w.), siapa Firqatul Najiyah daripada tujuh puluh tiga firqah daripada umatmu? Baginda bersabda: Engkau dan Ahli Hadith”.
- Mu ‘ammar bin ‘Abdul Wahid bin Muhammad bin al-Fakhir (meninggal dalam tahun 564 Hijrah), Majlis Ibnu Fakhir al-Isbahani jilid 1 halaman 480

Sudah menjadi lumrah dunia, kadang kala ada golongan akan mendakwa kebenaran miliknya dengan dalil mimpi.


Zaidiyah ialah Firqatul Najiyah

Firqah Zaidiyah juga turut mendakwa mereka adalah Firqatul najiyah dan perkara ini ditemui di dalam kitab mereka. Haji Khalifah menulis:

وصنف أحمد بن يحيى المرتضى مختصرا سماه الملل والنحل أيضا على مذهب الزيدية وذكر فيه ان الفرقة الناجية هي الزيدية.

القسطنطيني الرومي الحنفي، مصطفى بن عبدالله (معروف به حاجي خليفه) (متوفاي1067هـ)، كشف الظنون عن أسامي الكتب والفنون، ج 2، ص 1821، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت - 1413 – 1992.

Ahmad bin Yahya al-Murtadha menulis kitab yang bernama al-Milal Wa al-Nihal turut menyatakan di dalamnya bahawa Firqatul Najiyah ialah golongan Zaidiyah

- Al-Qisthanthini al-Rumi al-Hanafi, Mustafa bin ‘Abdullah (terkenal seagai Haji Khalifah dan meninggal dalam tahun 1067 Hijrah), Kasyful Zhunun ‘An Asamil Kitab wal Funun, jilid 2 halaman 1821.


Ahli Qiyas (pengikut Abu Hanifah) adalah penghuni neraka


Riwayat yang bersanad Sahih dalam kitab Ahlusunnah menegaskan, barangsiapa yang menjadikan Qiyas sebagai sumber Fiqh mereka, maka mereka itu kelompok yang binasa dan penghuni neraka.

Hakim Nisyaburi menulis:


أخبرنا محمد بن المؤمل بن الحسن ثنا الفضل بن محمد بن المسيب ثنا نعيم بن حماد ثنا عيسى بن يونس عن جرير بن عثمان عن عبد الرحمن بن جبير بن نفير عن أبيه عن عوف بن مالك رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ستفترق أمتي على بضع وسبعين فرقة أعظمها فرقة قوم يقيسون الأمور برأيهم فيحرمون الحلال ويحللون الحرام هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه.
الحاكم النيسابوري، محمد بن عبدالله ابوعبدالله (متوفاى 405 هـ)، المستدرك علي الصحيحين، ج 4، ص 477،‌ ح8325، تحقيق: مصطفى عبد القادر عطا، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت الطبعة: الأولى، 1411هـ - 1990م.

‘Auf bin Malik menukilkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda: “Umatku akan berpecah tujuh puluh dan beberapa firqah (lebih dari 70 kelompok). Kelompok terbesar di antara mereka ialah firqah yang mengqiyaskan urusan (agama) dengan pandangan mereka. Maka mereka mengharamkan yang halal, dan menghalalkan yang haram. Hadis ini sahih menurut syarat Syaikhain meskipun mereka berdua tidak mengeluarkannya.
- al-Hakim al-Nisyaburi, Muhammad bin ‘Abdullah (wafat dalam tahun 405 Hijrah), al-Mustadrak ‘Ala al-Sahihain, jilid 4 halaman 477, hadis nombor 8325

Tabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir menulis:

حدثنا يحيى بن عُثْمَانَ بن صَالِحٍ ثنا نُعَيْمُ بن حَمَّادٍ ثنا عِيسَى بن يُونُسَ عن حَرِيزِ بن عُثْمَانَ عن عبد الرحمن بن جُبَيْرِ بن نُفَيْرٍ عن أبيه عن عَوْفِ بن مَالِكٍ عَنِ النبي صلى اللَّهُ عليه وسلم قال تَفْتَرِقُ أُمَّتِي على بِضْعٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً أَعْظَمُهَا فِتْنَةً على أُمَّتِي قَوْمٌ يَقِيسُونَ الأُمُورَ بِرَأْيِهِمْ فَيُحِلُّونَ الْحَرَامَ وَيُحَرِّمُونَ الْحَلالَ.
الطبراني، سليمان بن أحمد بن أيوب ابوالقاسم (متوفاي360هـ)، المعجم الكبير، ج 18، ص 50، تحقيق: حمدى بن عبدالمجيد السلفي، ناشر: مكتبة الزهراء - الموصل، الطبعة: الثانية، 1404هـ – 1983م.

‘Auf bin Malik menukilkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda: “Umatku akan berpecah kepada tujuh puluh dan beberapa Firqah (lebih dari tujuh puluh kelompok). Firqah yang terbesar dan menjadi fitnah ke atas umatku ialah kelompok yang mengqiyaskan urusan (agama) dengan pandangan mereka. Maka mereka akan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
al-Tabrani, Sulaiman bin Ahmad bin Ayub Abul Qasim (Wafat dalam tahun 360 Hijrah), Al-Mu’jam Al-Kabir, jilid 18 halaman 50

Haitsami setelah menukilkan riwayat ini berkata:


رواه الطبراني في الكبير والبزار ورجاله رجال الصحيح.
الهيثمي، ابوالحسن علي بن أبى بكر (متوفاى 807 هـ)، مجمع الزوائد ومنبع الفوائد، ج 1، ص 179، ناشر: دار الريان للتراث/‏ دار الكتاب العربى - القاهرة، بيروت – 1407هـ.

Riwayat ini telah dinukilkan oleh Tabrani dan al-Bazzar, rijalnya adalah rijal yang Sahih.
Al-Haithami, Abul Hasan bin Ali bin Abi Bakr (wafat dalam tahun 807 Hijrah), Majma’ Zawaid wa Manba’ al-Fawaid, jilid 1 halaman 179.

Hadis ini telah menimbulkan tanda tanya besar buat seluruh firqah yang wujud di dalam Ahlusunnah Wal Jamaah. Hakikatnya majoriti Ahlusunnah telah menjadikan Qiyas dan Ihtihsan sebagai salah satu sumber penting dalam istinbat hukum hakam Syar’i Fiqh mereka.


Natijahnya, setiap kelompok atau firqah dalam Islam mendakwa mereka-lah umat Islam sejati dan Firqatul Najiyah, serta pengikut sebenar Rasulullah (s.a.w.). Namun Syiah juga tidak terkeluar daripada kaedah umum ini. Meskipun begitu Syiah Imamiyah tidak membawa dalil kebenarannya sebagai Firqatul Najiyah melalui mimpi, bahkan ia membawa dalil-dalil dari kitab-kitab firqah yang lain.