"Amerika telah mempersiapkan dan memperlengkapkan alat-alat bagi Wahabi untuk menghuru harakan perpaduan Muslimin, dari itu hendaklah kita memerhati mereka dan memperjelas kepada Umat Islam bahawa Wahabi bertujuan memecahbelahkan harakat umat Islam, sebagaimana Israel ditengah kaum muslimin, Wahabi juga bertugas menjadi musuh dalam selimut.... " Sayyed Ali Khamenei, semoga Allah melanjutkan usianya.

Saturday, March 14, 2009

Siri Menjawab Syubhah: Apakah dalam kitab pengriwayatan hadis Syiah terdapatnya hadis berkenaan perubahan al-Quran?

Apakah dalam kitab pengriwayatan hadis Syiah terdapatnya hadis berkenaan perubahan al-Quran?

Jawapan:

Hadis-hadis yang tidak menjadi pegangan akidah sebenar kami ini, dalam kitab Bihar dan daripada kitab-kitab muktabar Syiah selainnya memang ada. Daripada jumlah berkenaan perubahan al-Quran … apakah ini subjek yang baik adanya? Dan jikalau begini apakah jawabnya? Namun jikalau ia adalah hadis palsu maka pengriwayatan ini tidak ada gunanya bagi kita untuk menerangkannya. Mengapa ulama seperti Helli dan…. (Semoga rahmat Allah atas mereka) tidak menyedari atau tidak tahu kenapa jenis subjek seperti ini dihimpunkan dalam kitab-kitab mereka?

Seperti mana yang telah kita ketahui kitab-kitab seperti Biharul Anwar dan…. kitab yang pengriwayatannya adalah dari usaha bersungguh-sungguh penulisnya sendiri sehingga ia dapat dihimpun buat sekalian orang di masa mendatang. Mereka sendiri tidak mengistiharkan seluruh pengriwayatan yang telah dinukil dalam kitab ini adalah sahih.

Meneliti riwayat-riwayat ini sahih atau tidak sahih akan disandang oleh penyelidik dan pembacanya.

Berkenaan perubahan al-Quran, banyak juga diriwayatkan dalam kitab Syiah dan ianya ditemui lebih banyak lagi dalam kitab-kitab Ahlusunnah.

Periwayatan tentang ini tidak diterima oleh aqidah mazhab kami, dalam pandangan kami ianya ditolak dan tidak dapat diterima. Dengan ini banyaknya pengriwayatan perubahan al-Quran dirujuk kepada Syiah sebenarnya ada ditemui juga dalam riwayat Ahlusunnah. Dalam pandangan sanad dan dalil-dalil, riwayat dhaif dan ditolak ini terlalu banyak masalahnya. Beberapa riwayat dari klasifikasi ini dalam kitab-kitab seperti Kafi telah dinukil, tiada dalil atas perubahan al-Quran pun berlaku; mengapa pula ketika Imam (as) mengambil contoh pandangan seperti ini untuk tujuan menerangkan tafsir ayat, musuh-musuh Syiah mengambil kesempatan atas kejahilan dan ketidak fahaman dalam masalah ini, menyerang atas perubahan al-Quran.

Semoga Berhasil
Angkatan Menjawab Syubhah
http://reyhane-masoumah.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment