"Amerika telah mempersiapkan dan memperlengkapkan alat-alat bagi Wahabi untuk menghuru harakan perpaduan Muslimin, dari itu hendaklah kita memerhati mereka dan memperjelas kepada Umat Islam bahawa Wahabi bertujuan memecahbelahkan harakat umat Islam, sebagaimana Israel ditengah kaum muslimin, Wahabi juga bertugas menjadi musuh dalam selimut.... " Sayyed Ali Khamenei, semoga Allah melanjutkan usianya.

Thursday, December 23, 2010

Apakah doa nabi di Ghadir Khum mustajab? (Bahagian pertama)

© Tidak dibenarkan menyiarkan atau menerbitkan artikel ini tanpa izin pengarangnya misbah_huda83 @ yahoo . com




Apakah doa nabi di Ghadir Khum mustajab?

Ibnu Taimiyah dalam kitab Minhaj al-Sunnah menulis:

الوجه السادس أن دعاء النبي صلى الله عليه و سلم مجاب و هذا الدعاء ليس بمجاب فعلم انه ليس من دعاء النبي صلى الله عليه و سلم فإنه من المعلوم انه لما تولى كان الصحابة و سائر المسلمين ثلاثة أصناف صنف قاتلوا معه و صنف قاتلوه و صنف قعدوا عن هذا و هذا و اكثر السابقين الأولين كانوا من القعود و قد قيل أن بعض السابقين الأولين قاتلوه ... و العسكر الذين قاتلوا مع معاوية ما خذلوا قط بل و لا في قتال علي فكيف يكون النبي صلى الله عليه و سلم قال اللهم اخذل من خذله و انصر من نصره و الذين قاتلوا معه لم ينصروا على هؤلاء بل الشيعة الذين تزعمون انهم مختصون بعلي ما زالوا مخذولين مقهورين لا ينصرون إلا مع غيرهم أما مسلمين وإما كفار و هم يدعون انهم أنصاره فأين نصر الله لمن نصره و هذا و غيره مما يبين كذب هذا الحديث .

إبن تيمية الحراني ، أبو العباس أحمد بن عبد الحليم ، منهاج السنة النبوية ، ج 7 ، ص 55 ـ 59 ، تحقيق : د. محمد رشاد سالم ، ناشر : مؤسسة قرطبة ، الطبعة : الأولى ، 1406هـ .

Doa Rasulullah tanpa diragukan pastilah terkabul; meski pun begitu tidak kedengaran pula kesan dan berita tentang kemustajaban doa ini (Ya Allah bantulah siapa yang membantunya dan hinakanlah...). Jadi bisa diketahuilah bahawa ini bukanlah doa daripada Rasulullah sebab ketika Ali menjadi khalifah para sahabat dan orang Islam terbahagi kepada tiga kelompok iaitu kelompok yang bersamanya, kelompok yang memeranginya dan kelompok yang tidak memihak kepada Ali mahupun Muawiyah. Disebutkan juga sebahagian daripada orang yang pertama masuk Islam (Shabiqin Awwalin) telah memeranginya.... dan orang yang berperang bersama Muawiyah tidak terhina. Dengan ini anda mengatakan Rasulullah mencela mereka, padahal orang yang bersama Ali tidak ditolong dan Syiah mengetahui Ali sendiri tidak mendapat pertolongan sedikit pun dan mereka selalu terhina. Kalau mereka memperolehi pertolongan kenapa ada yang kafir dan ada yang muslim; jadi mana pertolongan tuhan untuk mereka? Jadi jelaslah pembohongan hadis al-Ghadir tersebut. (Minhaj al-Sunnah jilid 7 halaman 55)

Dalam Majmu’ al-Fatawa, jilid 4, halaman 418 terdapat pula:

وقوله «اللهم انصر من نصره ... الخ» خلاف الواقع قاتل معه أقوام يوم صفين فما انتصروا وأقوام لم يقاتلوا فما خذلوا كسعد الذى فتح العراق لم يقاتل معه وكذلك اصحاب معاوية وبنى أمية الذين قاتلوه فتحوا كثيرا من بلاد الكفار ونصرهم الله .

ابن تيميه الحراني ، أحمد عبد الحليم أبو العباس (متوفاي 728 هـ) ، كتب ورسائل وفتاوى شيخ الإسلام ابن تيمية ، ج 4 ، ص 418 ، تحقيق : عبد الرحمن بن محمد بن قاسم العاصمي النجدي ، ناشر : مكتبة ابن تيمية ، الطبعة : الثانية .

Doa Nabi (s) ini: Ya Allah bantulah siapa yang membantunya..... jelas bertentangan dengan kenyataan; sebab orang-orang bersama Ali pada perang Siffin tidak memperoleh kemenangan, sementara orang yang tidak berperang bersamanya juga tidak terhina, malah mereka yang tidak ikut berperang bersamanya memperolehi kejayaan seperti Sa'ad bin Abi Waqqas yang menaklukkan Iraq. Dan begitu juga sahabat-sahabat Muawiyah yang memerangi Ali mereka banyak menaklukkan negara-negara kafir, dan Tuhan membantu mereka. (Ibnu Taimiyah, Kutub wa Rasail wa Fatawa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, jilid 4 halaman 418).

Menurut Ibnu Taimiyah pengakuan Syiah, Rasulullah (s) bersabda setelah menyampaikan kepimpinan Imam Ali (as) di Ghadir Khum bahawa: “Ya Allah, bantulah siapa yang membantunya, dan hinakanlah siapa yang menghinanya”. Kita tahu bahawasanya doa Rasulullah (s) mustajab dan setiap doa baginda akan sampai jawabannya. Dalam hal ini jawaban doa tidak sampai dan orang pun memerangi Ali, beliau tidak kalah dan juga tidak memperoleh kemenangan. Oleh kerana ini Ibnu Taimiyah mengetakan doa Rasulullah tersebut adalah bohong.

Perkataan Ibnu Taimiyah tersebut dengan mutlaknya mengingkari sunnah dan ketetapan Rasulullah (s), kerana kalimat (allahummanshur............. ) dinukilkan dengan sanad-sanad yang muktabar lagi sahih di dalam kitab-kitab Ahli Sunnah.

Muktabarnya hadis al-Ghadir

A. Nasai dari Said bin Wahhab:

أخبرنا الحسين بن حريث المروزي قال حدثنا الفضل بن موسى عن الأعمش عن أبي إسحاق عن سعيد بن وهب قال قال علي في الرحبة أنشد بالله من سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم غدير خم يقول إن الله وليي وأنا ولي المؤمنين ومن كنت وليه فهذا وليه اللهم وال من والاه وعاد من عاداه وانصر من نصره.

قال فقال سعيد قام إلى جنبي ستة وقال زيد بن يثيع قام عندي ستة

النسائي ، أحمد بن شعيب أبو عبد الرحمن (متوفاي303 هـ) ، خصائص أمير المؤمنين علي بن أبي طالب ، ج 1 ، ص 117 ، ح98 ، تحقيق : أحمد ميرين البلوشي ، ناشر : مكتبة المعلا - الكويت ، الطبعة : الأولى ، 1406 هـ .

Said bin Wahhab mengatakan: Ali berkata di medan syahr: Kalian bersumpahlah dengan nama Allah siapa yang mendengar Rasulullah bersabda di Ghadir khum: "Sesungguhnya Allah adalah waliku dan aku adalah walinya orang mukmin dan siapa yang menjadikan aku sebagai walinya maka Ali juga walinya, ya Allah cintailah orang yang mencintainya dan musuhilah orang yang memusuhinya dan tolonglah orang yang telah menolongnya", sampaikanlah kesaksianku ini. (An-Nasai, jilid 1 halaman 117)

Said berkata: ada enam orang disampingku berdiri dan Zaid bin Yasi' berkata: Sembilan orang berdiri dan memberikan kesaksian.

Muqaddasi Hambali setelah menukilkan riwayat ini mengatakan:

Darul Qudni ditanya tentang hadis tersebut,dia berkata: A'masy, Syu'bah, Israel mereka menukilkan daripada Sa'id bin Wahab, daripada Ali, setelah itu dia menyebut dan mengatakan tentang perselisihan itu: Nukilan A'masy dan Israel dan orang yang mengikutinya lebih dekat dengan kebenaran kemudian dia mengatakan terdapat juga Nukilan daripada Abdul Rahman bin Abi Laila daripada Ali yang mana sanadnya juga Sahih.

Ibni Kathir Dimasyqi dalam al-Bidayah Wan Nihayah selepas menukilkan isi (matan) cerita dan sumpah Ali (as) mengatakan sanad riwayat ini Jayyid.

عن سعيد بن وهب قال قال علي في الرحبة أنشد بالله رجلا سمع رسول الله يوم غدير خم يقول ان الله ولي المؤمنين ومن كنت وليه فهذا وليه اللهم وال من والاه وعاد من عاداه وانصر من نصره وكذلك رواه شعبة عن أبي اسحاق و هذا اسناد جيد .

القرشي الدمشقي ، إسماعيل بن عمر بن كثير أبو الفداء (متوفاي774هـ) ، البداية والنهاية ، ج 5 ، ص 210 ، ناشر : مكتبة المعارف – بيروت .

Walaupun penjelasan untuk menetapkan kesahihan sanad tersebut sudah terpada dan memadai buat ibnu Kathir, namun mari kita lihat persanadannya supaya tiada alasan lagi yang boleh menolak hadis ini.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment